Ekceli takde nk tulih ape2..dlm masa yg sama rs cm nk kata sesuatu..tp tak tau ape kata2 tu..baik aje aku cr kata2 indah n tempekkan aje kat blog nih-sgt mudah kan.ade org tak kisah sgt ngn susunan2 bahasa..aku juga tak pandai..tp klu dpn mata nih disajikan ngn bahasa indah, teratur ada seninya-kagumMonday, April 20, 2009
Sekadar Kata
Ekceli takde nk tulih ape2..dlm masa yg sama rs cm nk kata sesuatu..tp tak tau ape kata2 tu..baik aje aku cr kata2 indah n tempekkan aje kat blog nih-sgt mudah kan.ade org tak kisah sgt ngn susunan2 bahasa..aku juga tak pandai..tp klu dpn mata nih disajikan ngn bahasa indah, teratur ada seninya-kagumFriday, April 17, 2009
Pengangkutan Awam~Komuter
Thursday, April 16, 2009
2nd Tag-Tentang Blog
Tag - Tentang Blog
1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
suriani-so simple...nama sbnr sndiri lorr, patutnyer noor suriani...hehehe
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
cam keterangan kat atas blog aku nih ''catatan suka2 kisah aku n sekitarnya(suka-hati)'' ..lebih kpd penulisan ttg aper yg blaku kat aku, perasaan, n pendirian aku sndiri-berkisar ttg kehidupan
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
so far, tak pernah...suka sb ada blog nih leh jd tempat luahan selain dr potpet2 ngn kkwn..n blog nih bole isi masa lapang aku-bole asah bakat dlm bidang penulisan lorr-cam karangan waktu skola
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
yg tag aku http://dibiuscinta.blogspot.com/ .. blog yg juga berkisar kpd kehidupannya juga-cam aku...skg psal perkahwinannya, maklum la lg 2week nk nikah, tahniah!
skg nih jgn nk ngelat2...aku nk tag wahida wassini, sila amik tag ni k, anda di tag!!
Bagi aku, OK la..
Wednesday, April 15, 2009
WoWw, Award lagik!!
Tuesday, April 14, 2009
Kali Pertama di-Tag
SIFATKU
Keyakinan diri-palin penting bg diri aku- (aku tau ape yg mampu n xmampu akulakukan)llain klu aku tulih sifat/perangai yg bbaik..jgn ckp aku 'angkat bakul'..so, nilai la sndiri..he3
masakan mak..sgt sedaap n klu bole stp ari nk mkn yg mak masak jerk..-kuih cucur udang yg mak buat -palin aku suka.. selain itu, aku suka steamboat, yg aku buat sndiri n yg kat jonis..
WARNA PEBERETT
3 BENDA WAJIB DALAM HANDBAG
SILA MENGETAG 6 ORANG
Thursday, April 9, 2009
1st award from iza
Wan n Atuk
Wednesday, April 8, 2009
Fast & Furious4-18PL

uh lak
Biasanyer keta2 camnih yg mjadi kegilaan lelaki n aku rase mrk merasa puas dgn tgk jerk keta nih wpun kompom takkan memilikinya..bukan sekadar keta yg cantik tp sgt laju wooo..n pd ssaper yg tgk citer nih n rs nk memandu sepantas keta dlm jln citer nih, pikir2la sb nih hny citer n takberlaku dlm kehidupan sebenar, n kalaupun mrk mati leh idup semula(hah ape aku merepek nih? %$&^$%)
menghampiri ending citer nih pasti anda akan tergelak lucu kat babak yg mrk berjaya menangkap penjenayah yg sgt dikehendaki itu..okeh utk itu, sekian shj citer aku.... n ulasan citer nih bg aku, adalah sgt menarik, cam citer2 nyer yg terdahulu..baguih n berbaloi utk duit tiket..if compare ngn citer Talentime or bohsia(citer malayu sumer nih) leh wat aku gelak pd spe yg tgk..sbnr bukan taknak sokong filem melayu tp nilai la sndiri k..lg pun ada tajuk cam geli nk sebut 4example '' @#* dlm botol'' apekejadahnyer???
Tuesday, April 7, 2009
KEKcoklatKukus & Steamboat
5biji telur
1tsp baking pwdr n sodaBikarbonat
1cwn minyak masak
1/2 tin susu pekat - aku pki f&n jer
2cwn tepung gandum
1cwn serbuk koko - aku pki van-hauten dlm tin
1cwn air panas mdidih
cara:pukul gula n telo hingga kembang(smpi putih cmni )..
masukkan bahan diatas ikut turutan 1by1..okey..lpas tu kukus 45 minit n da siap dimakan..
hasilnyer:
tekstur nyer sgt gebu..rs sgt sedaap n lg sedaap if coklat dilebihkn...
*Bahan2 utk dimakan, terpulang jer, tp klu aku menda nih msti ada spt:
(brokoli, kailan,cendawan enorki,fishball,sotong, udang,tahu lembut,erm cam ketam tu(haih byk bhn aku beli jew tp tak tau nama)so uols klu jupe yg jenis cm meatball tu pun lg sedap, n klu nk buh apepe bhn mentah pun leh, ikut kesesuaian)
resepi kuah steamboat :
1.masukn ckit shj minyak dlm periuk, bila da panas masukkan ayam yg da dicincang (tujuan nih utk buat stok ayam tau)
2. masukkn air n serai n masukkan cili api yg telah ditumbuk..lpas mendidih masukkan paste tomyam..da siap kuah.
*** if suka masam, perah jer limau kasturi 2biji, if suka pedas, lebihkn cili padi yg ditumbuk..haaa senang citer, ikut sukati jer la...
***klu utk hidang mkn, amik kuah dlm periuk tu n letak kat bekas steamboat cam kat gambo atas nih..if takdak benda ni leh gak pki ricecooker..kita buat dia kan3***
n rasenyer tak lengkap if takdak pencicah tul tak?so, bahan utk pencicah :
masukkan lada besar (merah)5biji, cili api 15biji, bawang putih 4 biji, limau kasturi (yg da diperah)3biji, sedikit kicap, sedikit sos, n air yg da dimasak...ha u all masukkan sumer benda nih kat dlm blender n blend jer...da siapppp...ooo nih jgn lupa, daun ketumbar potong halus2(cam bunga rampai) n masukkan kat pencicah ni...baru lah lengkap..(aku rs la klu pki kicap cair msti sedaap lg kan, tp aku lom cuba..)
Monday, April 6, 2009
Benci?
Touching Story(III)-Secebis K/syg

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentukkupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihatkakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
“Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
Friday, April 3, 2009
LawakBodo-SungaiBuaya
sungai buaya
ada org yg tersangatlah kaya berjalan jalan disebuah kampong.
tiba je kat sungai dilihatnye sungai tuh penuh ngan buaya yang ganas lagi macho. buang ape je kat dlm sungai tuh,ranting ke, daun ke daging ke, buaya dlm tu mesti melahap dengan brutalnye.
org kaya tuh, dpt plak idea bodoh ketika itu. maklum lah org kaya. hehehe. lalu diumukan bahawa barangsiapa yang berani terjun kat dlm sungai penuh dgn buaya bodoh tuh dan berjaya melepas kan diri org kaya tu akan kasi sebuah rumah mewah yang sudah bayar habis bank.
Pada hari yang telah ditentukan. ramai jugak orng dtg termasuk pemberita tv yang nak tengok ada ke org teror nak terjun. setelah sejam berlalu masih belum ada, dua jam, masih blm ada, setengah hari berlalu masih blm ada. lalu diumumkan jika 15min kemudian masih blm ada maka rumah mewah yang sudah bayar habis bank itu akan diserahkan dgn bangganya kepada isteri keempat org kaya tersebut.
tiba je terdengar bunyi orang terjun kat dlm sungai tuh...debushhh!! (tu bunyi terjun sound effect). ramai juga orang meluru kearah bunyi tuh. keluar seorang pompuan tua yang bajunye basah dengan wajah yang selamba.
pemberita tv tadi pon terus bercakap kat org tua tu.."tahniah makcik telah menangi sebuah rumah mewah yang sudah bayar habis bank." dengan penuh geram makcik tu ambil mikrofon pemberita tuh "makcik tak mo rumah mewah yang sudah bayar habis bank tuh!, makcik nak cari org yang tolak makcik kat dlm sungai tu tadi" toing!
Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..
Dari Mana Datangnya Sayang, Dari Mata Turun Ke Hati..










