Showing posts with label Puitis~Kata2. Show all posts
Showing posts with label Puitis~Kata2. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

BEZA SUKA & CINTA

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.


3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.


5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.


7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


8- Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Thursday, August 20, 2009

Kawan?

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL...
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak.....

2) kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS..
dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah
takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..

9) kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik.

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye????
Haa..kawan tu mcm AWAK LA. .
baca nih ngn teliti sampai habis....dan tersenyum2 kmbing... haha

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya, kawan tu penting.

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

Wednesday, July 1, 2009

Special n3 4myDarling..

1st Julai , arini la birthday mydarling..n da bg ecard special to him...
****@@@@****
what's the best gift
i can give you on your birthday
****@@@@****
lots of love
from a heart thats beats..only for u
happy birthday..
spt tahun2 lepas, nie kali ke-5 meraikan birthday suami, sbg isteri tentunya..n spt biasa ecard mmg takpernah miss, n utk tahun nih, ngn ucapan tulus dr hati ini utk tatapan mycintahati..N'joy..
Lihat Raut Wajahmu
Pamer Kasih Seorang Suami
Apa Ada Padaku
Nilai Cinta Tiada Tandingi

Selaut Sayang Setulus Kasih
Kupersembahkan Di Hari Lahirmu
Moga Kasih Utuh Selamanya
Moga Cinta Kukuh Berkekalan
Biar Bahagia Di Genggaman
Biar Erat Tiada Akhirnya

HAPPY BIRTHDAY TO U
LUV U SO MUCH…mmmuaaaahhh

**tau, hari nie, kali ke-5 utk sy rai birthday abg sbg seorg isteri, perasaan yg sama malah makin menebal utk menyatakan betapa mendalam nya cinta utk abg..**

Monday, April 20, 2009

Sekadar Kata

Ekceli takde nk tulih ape2..dlm masa yg sama rs cm nk kata sesuatu..tp tak tau ape kata2 tu..baik aje aku cr kata2 indah n tempekkan aje kat blog nih-sgt mudah kan.ade org tak kisah sgt ngn susunan2 bahasa..aku juga tak pandai..tp klu dpn mata nih disajikan ngn bahasa indah, teratur ada seninya-kagum

"Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."
- rs cam agak suka ngn nih,bagus benda baikkan buat kasi byk kali lorr

"Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."
-yg nih slalu jupe, so dh jd biasa ngn kata2 nih..ada benarnya..maksud mendalam.kawan?aper la perlu disandarkan harapan?if kawan kita baik, tengs kat dia sb jd kawan yg baik.if kwn takbaik tengs gak kat dia sb kita akan tukar tempat dia ngn kwn len.

"Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."
-bg aku yg suka berangan nih, spt kata2 semangat...hehehe mau berkhayal sebentar..mane tau jd kenyataan kelak!

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
-aku anggap kata2 nih sbg jiwang yg sgt karat

"Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri."
-mmg kita punya kuasa utk ubah ttp keadaan sekeliling faktornya.

"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."
-kadangkala jgn kita nilai airmata itu lemah sb ia bole jd kekuatan. airmata adalah kekuatan wanita,( ttp selalu begitu dianggap cengeng, mengadaNgada, gediks)..cuma jika ia tlalu sukar, bila da bjaya, ketahuilah itu bukan airmata sia2.

"Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat."
-klu ape yg diimpikan tercapai..akan ada impian baru, begitulah seterusnya tp tak sumer impian akan tercapai- mengajar lebih menghargai.

''Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya."
-kata2 ini ditujukan kpd MyCintaHati

"Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra jadilah semulia Ali KW, Andai impikan seorang suami sehebat Ali KW bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra."
-tiada guna menuntut hak terlalu tinggi, terima seadanya..if rs nk terbaik maka perbaiki diri.

Monday, March 2, 2009

HaRGaiLaH

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin
TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap iabegitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL....

Friday, February 13, 2009

Atas Nama Cinta

salam3(salam jgn xsalam hehehe)
entri aku kali nih pjg sgt, lebih kpd kata2(minat aku)..pd ssape yg tak berkenaan jgn baca spy anda xpenat..suka sgt baca benda camnih, bukan la aku nih jiwang karat tp kata2 yg indah slalunyer berjaya mengusik jiwa, menggetar rasa..sekian, utk makluman..

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?,ketika kita menangis?,ketika kita membayangkan sesuatu?.Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT…Ketika kita menemui seseorang yang keunikannya SEIRING dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan CINTA.Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari…dan mereka yang telah mencuba. Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…

CINTA yang AGUNG, adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia, adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum seraya berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu’.Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKANLAH dirimu…biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah… bahawa kamu mungkin menemui cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya…Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat. TEMAN SEJATI… mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa..’, menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’. Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’. Membuka pintu meski kamu BELUM menutup dan berkata ‘bolehkah saya masuk?’.

MENCINTAI… BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN. BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI. BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN. BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN. Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang. Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang.. Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang…LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri.

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita, MELAINKAN karena kita menyedari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahwa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar mencintai.MELAINKAN… BERJUANGLAH demi cintamu. Itulah CINTA SEJATI. Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.

Tuesday, January 20, 2009

Hepi Birthday to Danish Danial

Hadirmu menambah seri
Biar hanya dalam kandungan
Gembiranya tiada terkata
Menanti lahirmu ke dunia

Halus mulus wajahmu
Pertamanya menatap dunia
Bersama impian besar ayah-ibu
Mengharap segala kebaikan untukmu

Disisi setia menyayangimu
Dibelai dimanja tiada terkira
Itulah kasih sayang ayah-ibu
Kelak membesar ingatlah itu

Hari bersilih ganti
Membesarkanmu tiada terasa waktu
Dihibur gelak tawa keletahmu
Jua gurauan manja abangmu;

Ayah-ibu bertambah bahagia

Terasa hati berbunga girang
Bagai mekar kuntuman senyum
Dikala genap usiamu setahun
Bagai mimpi indah selang berganti tahun

Selamat hari lahir Danish Danial
Bingkisan sayang ibu untukmu, Danish

Thursday, November 20, 2008

dOa seOraNG iStEri



DOA SEORANG ISTERI


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang soleha Isteri yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

KhaS uNtUkmU..

Coretan ''KhaS uNTuKmu'' pertamanya utk org kusayang.... luahan hati n emosi kutatap khas pd nya d ari lahir ke ##...
ternyata luahan ini membuatnya tersenyum lantas menyatakan rase terharu....aku adaptasi kan ucapan ini di http://www.123greetings.com/ terus pdnya..1st julai br dia dpt .. surpriseeeeee....
hehehe kenangan smlm mmg indah, ari ini dalam lakaran, esok sama-sama kita panjatkan impian setinggi gunung biar bahagia kan senantiasa milik kita....



Abang…
Bahagia bersamamu
Tanpa rasa curiga
Penuh rasa kasih
Bersulam benang cinta
Tersimpul ikatan sayang

Andai dulu kita berdua
Kini ditemani dua permata
Andai dulu dirimu tak kutemui
Tidak jualah ku kenal erti CINTA

Seringkali dalam senda gurau
Kadangkala dgn rajuk hati
Kutatap dirimu;; terlihat kenangan lalu
Lagi kan bertambah kasih ini
Hakikatnya;
Aku bahagia bersamamu

Kucoret luahan hati
Kuberitau kasih ini
Kulaungkan ucapan SELAMAT HARI LAHIR''
Agar dirimu tau
Aku kan sentiasa disisimu….

SELAMAT HARI LAHIR KE-##
Semoga dengan usia dan apa yang telah dilalui akan lebih mematangkan..
Semoga hari-hari yang mendatang lebih mengembirakan…

Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..

Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..
Dari Mana Datangnya Sayang, Dari Mata Turun Ke Hati..

myLife