Showing posts with label KisahRenungan. Show all posts
Showing posts with label KisahRenungan. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

Kecurian

Nper la manusia nih sampai ati jd jaat..mana nilai kemanusiaan yg dpt mbeza baik buruk..takkan la hak org pun nk amik..wpun stp negara ada undang2..tp itu diketepikan, seolah sumer tindakan jaat dibenarkan, sb klu ttangkap br ada hukuman..klu berjaya, lepass cmtu shj, mungkin mrk tak percaya balasan kemudian ttp ada..

kebelakangan ini, kita sering disajikan ngn kes ragut..hny krn nilai sekecil $1/$2 nyawa mjadi taruhan..dimana silapnya..tp itu yg dibaca didada akhbar..nih nk citer yg jd kat depan mata aku smlm..adoii terus jd takut deh.

kebiasaan ragut/kecurian turut berisiko tinggi ditempat2 sesak..naik jer train smlm 6.15p.m(serdang)..beza ngn train tdahulu yg lama sb tu ramai pnumpang bsesak naik..llg kwsn tumpuan rmi..smlm dpt jer masuk dlm pewot komuter, br nak tarik nafas lega, pandang org yg tak dpt naik, kkdg mmg simpati..tp mood simpati tu btukar cuak sudaa..

ttiba dgr org tul2 dpn aku nih, dier ckp;saper amik wallet dia pulangkan..klu tak dia report, tanpa henti dia ckp, n aku jd cian tgk keadaan gelabah cmtu..automatik sumer org dlm train jd berwaspada, yg grlz2, br la nk pegang rrapat handbag diorg;tmasuk la aku tu; jd sgt berhati2; wpun wanita sinonim ngn cuai.

grlz tu syak lelaki dpn dia yg amik, n org nih sumer periksa kat beg dia, kat badan dia, tp tak juper..nyata silap org..tp lihat lak muka saspek tu, pucat gak wpun tak bsalah..haih sumer nye ciannn..donia3

walau dia tau takkan org yg amik tu pulangkn, namun dia tetap ckp sper yg amik pulangkan..amikla sumer duit dlm tu tp pulangkan wallet dia sb ada i/c..msti mmcm kad lg kan..akhirnya yg dia mampu hny menangis teresak-esak..

tau, boipren dia ada nk g check sorg mamat nih tp org nih tak bg kerjasama..dia kata tak amik, aku bpendapat klu tak amik bg la check, senang citer..tu la kkdg kita takleh ssuka nk periksa org sb takdak kuasa..tp klu korg punya muka ganazz maybe leh laksanakan; tp pakwe dia hny bbekalkn muka ensem n cool jer..

naik train dr serdang -bdr tasik selatan hny amik masa 6-7minitjer...sgt cpt n bila pintu buka jer..rmi yg kuar, maybe org yg curi tu pun da kuar..n spt biasa org len lak bpusu2 masuk..n masa kuar tu aku g kat ngn org yg pakai pakaian seragam KTM (org nih kat luar n hny perhati org) tu n ckp, ada kecurian dlm train nih td..tp aku tgk... dia pun takleh nk tlg ape..sb dia takleh nk masuk dlm gerabak yg padat tu..akhirnya dia g tempat pemandu n train meneruskn pejalanan spt biasa...yeahhh idup msti diteruskannnn...aku agak maybe dia akan wat pengumuman spy org lebih ati2..~itu shj~

Monday, April 6, 2009

Touching Story(III)-Secebis K/syg

***melayari internet pg nih, jupe citer yg aku pernah baca dulu..mmg masih jelas ttg jln citer menarik nih..dlm kesedihan citer nih tetap mengajar utk menjiwai dan merasai k/syg sebenar, sekali lg aku baca, kesan perasaan nye masih sama..spt dulu...***


Secebis Kasih Sayang.. Bacalah..


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentukkupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihatkakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


“Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Tuesday, March 10, 2009

Touching Story(II)-Anak

Kisah nih aku dpt dr email, erm takut baca citer nih, hope ibubapa sekalian lebih berhati2..sedih sgt utk anaksekecil usia nih, n utk naluri keibuan, aku cukup tersentuh hati....
(Note : email fwded, kisah dr Utusan )

Sayang anakku Akmal Haris - baby yg jatuh dr buaian kt nursery 3 tahun lepas
BERAPA ramai ibu yang pernah menempuh pengalaman menyambut ulang tahun kelahiran anak dengan menyorongnya masuk ke bilik bedah.Ketika anak tersebut sepatutnya girang meniup lilin dan memotong kek hari lahir sambil dikelilingi rakan-rakan sebaya, tubuhnya terlantar tidak bermaya di atas katil ditusuk jarum suntikan dan pisau pembedahan.

Pilu mendengarnya, tapi jauh lebih memilukan bagi yang pernah melaluinya. Bahkan, tiada kata-kata yang mampu mengungkap perasaan seorang ibu menempuhi pengalaman sebegitu.

Bagi ibu muda, Rozarina Bukari, 35, ia umpama mimpi ngeri yang akan menghantui kehidupannya sampai bila-bila.

Segalanya bermula apabila anak keempatnya, Akmal Haris Shamsul Anwar, satu tahun enam bulan, mengalami musibah atas kecuaian pihak yang diberi tanggungjawab melindungi dan menjaganya.

Setiap kali bercerita mengenai peristiwa malang itu, air mata Rozarina pasti deras mengalir.Menceritakan semula tarikh hitam 7 September 2005, Rozarina masih mengingati satu demi satu detik cemas yang terpaksa dilalui.

Katanya, petang itu dia menerima panggilan daripada pengasuh dari pusat jagaan kanak-kanak (taska) tempat Akmal ditinggalkan pada pagi tersebut. Si pemanggil beberapa kali meminta dia datang ke taska, tetapi peliknya enggan memberitahu sebabnya walaupun selepas didesak berulang kali.

"Hati saya sudah mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku. Bergegas saya ke sana dan setiba di sana saya lihat seorang pengasuh sedang mundar-mandir mendukung Akmal.

"Mulanya pengasuh berkenaan enggan menyerahkan Akmal sehinggalah saya menjerit supaya menyerahkan anak saya. Ketika dalam pangkuan, saya lihat keadaan Akmal sudah lembik tidak bermaya dan setelah didesak baru mereka memberitahu anak saya jatuh buai.

"Saat itu juga saya bawa dia ke klinik berhampiran dan doktor memberitahu keadaan Akmal serius perlu dihantar ke hospital. Doktor juga memberitahu anak saya sudah diserang sawan sekurang-kurang 40 minit sebelum tiba di klinik.

"Kemudian baru saya tahu, Akmal rupanya diserang sawan sebaik jatuh dari buai di mana tubuhnya jadi biru, muntah dan mulut berbuih. Malangnya, pengasuh taska mengambil masa lama untuk menghubungi saya,'' katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Mewah, Semenyih, Selangor.

Menurut Rozarina, saksi kejadian juga memberitahunya pengasuh taska membuai Akmal terlalu kuat dan tali nylon yang dijadikan tali buai putus menyebabkan tubuh kecil itu melambung ke dinding sebelum jatuh ke lantai.Sambung ibu muda itu, ketika dihantar ke hospital keadaan Akmal begitu menyedihkan, kedua-dua mata hitamnya sudah tertarik ke tepi dan hanya mampu mengerang apabila dipanggil namanya.

"Ujian x-ray menunjukkan kepala Akmal retak dan berlaku pendarahan. Tapi yang lebih mengejutkan terdapat juga kesan darah beku yang sudah lama. "Doktor mengandaikan Akmal sebelum ini sama ada jatuh atau digoncang dengan kuat berkali-kali. Kata-kata doktor amat mengejutkan saya kerana pihak taska tidak pernah memberitahu apa-apa tentang perkara itu.

''Buat pertama kali malam itu, Akmal memasuki bilik bedah dan kepalanya ditebuk untuk mengeluarkan darah beku. Tiga jam berada di dalam bilik bedah, Akmal dibawa keluar dengan keadaan tubuh yang berselirat dengan wayar, langsung ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

"Sukar sungguh untuk saya menerima kenyataan. Bayi yang pagi tadi saya tinggalkan dalam keadaan sihat dan riang, kini terlantar tidak bermaya. Hanya Tuhan saja yang tahu sayu dan gundah-gulananya hati seorang ibu menyaksikan keadaan anak yang sedemikian rupa,'' katanya menyambung cerita.Trauma yang dilalui Rozarina dan suami, Shamsul Anuar Saidin, 35, rupanya jauh lagi dari titik noktah kerana keadaan Akmal tidak berubah, bahkan bertambah teruk berikutan tekanan otak sebelah kanannya yang sangat kuat.

"Doktor meminta kebenaran untuk membuang tempurung kepala sebelah kanan bagi mengurangkan tekanan. Katanya, kepala Akmal ketika itu umpama air yang sedang 'menggelegak' yang bila-bila masa boleh 'meledak' jika penutup cereknya tidak dibuka.

"Doktor memberi dua kemungkinan, jika tidak dibedah Akmal mungkin tidak dapat diselamatkan dan jika pembedahan dilakukan anak saya mungkin lumpuh."Bayangkan apa pilihan yang saya ada ketika itu. Saya tidak mampu memberi jawapan kerana terlalu tertekan, tetapi pada hari ketiga saya reda membenarkan pembedahan dijalankan kalau itulah yang dapat mengurangkan penderitaan Akmal,'' katanya sambil menyeka air mata yang deras mengalir.

Selepas pembedahan, Akmal dimasukkan semula ke ICU dan keadaannya stabil, tetapi hujung jahitan pada tempurung kepalanya yang dibuang pula menghadapi masalah tidak mahu bercantum.

Doktor terpaksa membuka dan menjahitnya semula bahagian tersebut sebanyak tujuh kali tanpa menggunakan ubat bius kerana tubuh Akmal tidak boleh lagi menerima suntikan tersebut.

"Bayangkanlah kesakitan yang ditanggung, sedangkan kita yang dewasa luka sedikit pun sudah mengadu sakit, inikan lagi dijahit 'hidup-hidup' . Sampai sekarang masih terdengar-denger rengekan Akmal ketika jarum jahitan menusuk kulitnya." Mungkin disebabkan kesakitan itu, pada hari ketujuh suhu badannya tiba-tiba naik hingga mencecah 40 darjah celsius. Seluruh tubuhnya menggeletar dan sentiasa mengerang seolah-olah menahan sakit yang amat sangat.

Doktor kemudian memberitahu, anak kecil itu perlu dibedah sekali lagi untuk membuang cecair yang terlalu banyak pada kepalanya yang saiznya semakin membesar."Ketika doktor memberitahu Akmal perlu dibedah sekali lagi, hati saya sangat berdebar dan naluri keibuan saya seolah memberitahu saya mungkin tidak akan bertemu lagi dengan anak cukup istimewa ini.

"Sebelum dibawa masuk bilik pembedahan saya cium wajah Akmal sepuas-puasnya. Saya bisikan pada telinganya yang saya sayangkannya dan halalkan susu yang dia minum."Saya lepaskan dia dengan hati yang berat tapi saya reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku,'' katanya.

Keluar dari bilik pembedahan, Akmal koma dan doktor terpaksa menebuk leher untuk memudahkan sistem pernafasannya. Keadaannya begitu tenat dan doktor sendiri memberi tempoh tiga hari untuk hidup kerana tekanan dalam kepalanya terlalu kuat.

Namun, memang benarlah Akmal anak yang istimewa, semangat untuk hidup begitu kuat dan dia terus bertahan biarpun tempoh ramalan doktor berlalu.

Rozarina tetap bersyukur kerana Akmal terus berada di sisinya walaupun dalam keadaan koma dengan matanya terbuka."Seperti yang saya kata tadi, Akmal memang anak yang istimewa. Dalam keadaan seperti itu dia masih bertahan, malah dipindahkan ke wad biasa.

"Kebetulan waktu itu sudah masuk bulan Ramadan. Sebulan saya berpuasa dan berhari raya di hospital. Sempat juga saya beli dan pakaiankan Akmal baju raya," katanya pilu.

Begitupun, keadaan akmal amat daif, badannya melengkung dan kakinya berlipat, sesekali air kencingnya mengandungi nanah.Rasa lega Rozarina dan suami juga tidak bertahan lama apabila masalah lain pula muncul.

Disebabkan pengaliran oksigen yang tidak lancar, kaki Akmal mengalami gengeran dan doktor mencadangkan kaki tersebut dipotong."Ia satu lagi pukulan yang maha hebat. Saya tolak saranan doktor kerana pada masa itu saya fikir kalaulah Akmal mahu 'meninggalkan' saya biarlah dalam keadaan anggotanya sempurna tidak ada cacat cela.

"Namun, satu hari saya ternampak daging kakinya yang gengeran luruh satu demi satu sehingga menampakkan tulang. "Kerana terlalu terkejut saya jatuh terduduk. Saat itu juga saya izinkan doktor memotong kakinya jika itu jalan terbaik."Saya dapat rasakan dia cukup menderita.

Namun, melihat keadaannya, saya insaf selagi Tuhan masih belum menjemput dia sebagai ibu saya perlu bertanggungjawab mencari penawar yang terbaik untuknya.''Tiga bulan 'berumah' di hospital, Akmal akhirnya dibenarkan pulang ke rumah biarpun dalam keadaan yang begitu daif, hanya terlantar dan tidak boleh bergerak.

Usaha menyembuhkan Akmal tetap diteruskan dengan mencari rawatan alternatif seperti berurut dan fisioterapi."Alhamdulillah ada perubahan, badan yang melengkung kembali lurus, manakala kaki dan tangan yang berlipat sudah tegak semula,'' katanya yang kemudiannya menyambung tugasnya sebagai guru sekolah menengah selepas 'bercuti' panjang.

Begitupun kata Rozarina, kesengsaraan Akmal belum berakhir, giliran matanya pula menerima kesan daripada keadaannya yang koma.Disebabkan keadaan mata Akmal sentiasa terbuka, tidak berkedip dan tiada air mata, mata hitamnya menipis dan berkemungkinan bocor.

"Doktor memberi pilihan sama ada untuk membuang biji mata yang rosak atau menutup terus dengan menjahit kelopak matanya,'' katanya.Tidak tahu ujian apa lagi yang harus dilalui anak kecil ini, Rozarina hanya mampu berserah melihat kelopak mata anaknya dijahit rapat untuk selama-lamanya.

Dengan cara itu menurut doktor, biji mata akan kecut dan diliputi daging sekali gus mengelakkan daripada jangkitan virus jika ia dibiarkan terbuka.Sejak kejadian malang pada usianya baru tiga bulan dan kini mencecah setahun enam bulan, Akmal sudah melalui sembilan pembedahan besar, tiga di kepala, tiga bagi membuang kakinya yang gengeran dan tiga pembedahan mata.

TerkilanBiarpun reda dengan keadaan Akmal sekarang, jauh di sudut hati ibu kepada empat anak ini, masih terbuku rasa terkilan yang mendalam.Keadilan yang dicari tidak kunjung tiba apabila pihak yang menyebabkan Akmal berkeadaan begitu masih bebas daripada sebarang tindakan.

Bukan saja tidak dikenakan apa-apa hukuman, malah pihak berkenaan kini mengembangkan perniagaan dengan membuka sekurang-kurangnya dua lagi pusat jagaan serupa.

"Saya bukan berdendam, saya cuma mahu keadilan bagi Akmal dan supaya kejadian yang menimpa anak saya tidak berulang pada kanak-kanak lain. Siasatan oleh pihak polis terhadap kes ini sampai sekarang pun tak dengar khabar beritanya. "Kalau kes ini kecuaian saya boleh terima lagi, tetapi ini kes penderaan.

Doktor yang merawat Akmal pun mengakuinya. Saya anggap ia sama seperti kes merompak dan membunuh. Mereka sudah 'bunuh kehidupan' Akmal, merompak hak Akmal untuk berjalan, melihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain,'' katanya dengan air mata berlinangan semula.Walaupun terlantar, tumbesaran Akmal seperti kanak-kanak normal lain dan kini beratnya sudah mencecah 11 kilogram.

Semakin meningkat usia, kos penjagaannya juga semakin tinggi, lebih-lebih lagi Akmal hanya bergantung pada susu khas berharga RM21 satu tin kecil dan dalam sebulan dia memerlukan sekurang-kurangnya 10 tin susu.

Penjagaan terhadapnya juga perlu dilakukan berhati-hati memandangkan sebahagian besar tempurung kepalanya sudah dibuang dan hanya diliputi kulit serta rambut hitam lebat.

Setakat ini menurutnya, hanya pihak Yayasan Kebajikan Negara yang mengambil peduli dengan memberi bantuan lampin pakai buang dan susu selama setahun.

"Pihak taska sudah tidak ambil tahu, malah sejak insiden itu mereka hanya datang dua kali menjenguk Akmal di hospital dan menghulurkan duit sebanyak RM2,000,'' katanya.

Selain dari segi kewangan, kejadian yang menimpa Akmal memberi kesan kepada seluruh keluarga termasuk tiga lagi anak Rozarina, Farhana Shamsul Anwar, 8, Adam Illman, 6 dan Aizad Haqimi, 3.Menurutnya, sesekali mereka merungut tidak dapat lagi bercuti ke tempat-tempat yang mereka sukai.

"Bukan tidak mahu membawa mereka bercuti, tetapi keadaan Akmal menyukarkan untuk kami bergerak ke mana-mana. Begitupun, saya berusaha juga sedaya upaya memenuhi permintaan mereka,'' katanya.

Sebagai ibu, tekanan yang dirasai oleh Rozarina juga bukan kepalang hebatnya, lebih-lebih lagi apabila datang rasa rindu yang tidak tertahan pada anak kecil itu.

"Pada hari lahir saya baru-baru ini, dek kerana terlalu rindu dengan pandangan mata Akmal, saya bisikan pada telinganya, 'bukalah mata Akmal dan ibu ingin sangat melihat Akmal berjalan walaupun dalam mimpi'.

"Permintaan saya dimakbulkan Tuhan, sayangnya mimpi itu bukan berlaku pada saya sebaliknya pada pengasuh yang menjaga Akmal sekarang. Dia bermimpi melihat Akmal berlari dan tersenyum,'' katanya sambil mengesat air mata yang tumpah untuk sekian kali

Wednesday, March 4, 2009

Touching Story

Adoii seksanya nk abihkn baca citer yg aku br jupe nih, kat dpn pc ni ..kat opis la..bila kt opis bmakna aku tgh bkerja n ngn susah payah aku tahan diri jgn bg nmpk emosi nih..aduss toloooooonn..very tacing, xcayer, baca n hayati..


IBU MITHALI

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan.

"Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.

'Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak. Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini.

"Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya

""Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi.

" Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak.

""Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun." Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri.

""Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.

Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.

"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.

Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka." Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.

Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.
Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak.

"Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan.

"Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.
Renung-renungkan dan Selamat beramal...

Thursday, January 15, 2009

Motivasi Kerja

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... "

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

"mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Tuesday, December 23, 2008

Keperitan Hidup

Awal pagi ni..sampai opis, biasala, check email..nih antara gambar dlm email yg turut menyentuh ati nurani aku..dlm ati ku panjatkan kesyukuran krn dijauhkan drpd keperitan ini. Jauh disudut ati, simpati melebihi segalanya


Mereka jua manusia spt kita...punyai ati n perasaan cuma corak kehidupan berbeza, mereka lalui liku2 itu dgn seribu keperitan..mungkin jua penuh ngn harapan..harapan utk terus hidup, mungkin...

Kita disini masih memilih mknn..ikut citarasa sendiri, adakala mkn cuma sedikit, lebih buang aje..selera takder..tp mereka yg dlm gambar nih tak pernah ada peluang sebegitu..

gambar pun mampu mceritakan kpd dunia ttg ape yg dilalui mereka..ermm resam dunia..bersyukur jua krn idup di bumi Malaysia-KEAMANAN-

OK la ni jer sedikit utk dikongsi...sedikit utk direnungkan bersama, sekian.

Friday, November 21, 2008

Mutiara Hikmah


MUTIARA HIKMAH

1) 4 Perkara Yang Tidak Diketahui Kadarnya
Hatim berkata : "4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati

2) 4 Perkara Yang Lebih Baik
1) Malu drp lelaki adalah baik tetapi drp perempuan lebih baik

2) Adil bagi setiap orang adalah baik tetapi drp pemerintah lebih baik
3) Taubat drp pemuda adalah baik tetapi drp orang tua lebih baik
4) Dermawan drp orang kaya adalah baik tetapi drp orang miskin lebih baik

3) Kalau Tidak Kerana...
1) Kalau tidak kerana orang saleh, akan hancurlah semua orang jahat
2) Kalau tidak kerana ulama' nescaya akan jadilah semua manusia itu seperti binatang
3) Kalau tidak kerana pemerintah yang baik, akan berpecahlah manusia kepada kehancuran

4) Orang Yang Paling Kuat
"Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh"

5
) Akibat Selalu Kenyang...
"Sesiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya"

6) Buah Akal, Iman Dan Fizikal
"Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa ialah ilmu pengetahuan dan buah fizikal ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota itu melahirkan buah dalam kehidupan"

7) Rugi Meninggi Diri
"Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana memandang luasnya". Ertinya, orang yang meninggi diri, orang tidak akan jatuh hati kepadanya. Sebaliknya orang yang merendah diri dapat mengambil hati orang tanpa bersusah payah.

8) Pahala Percuma
"Apakah kamu rasa kecil dan malu dihina ? Apakah kamu tidak tahu orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah"

9) Bermusuh Dengan Sibijak
"Bemusuhan dengan seorang yang bijak lebih merbahya daripada bersahabat dengan 100 orang yang bodoh" - peribahasa Arab

10) Semulia Manusia
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan


11) Kepuasan
"Anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi anda boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih" - Ibnu Maqaffa

12) Akhlak Yang Buruk
"Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah" - Wahab Munabih

13) Keadilan
"Keadilan itu syurga bagi orang dizalimi dan neraka bagi penzalim" - Saidina Umar bin Al-Khatab

14) Keadilan Raja
"Keadilan pada diri seorang raja umpama sebentuk mutiara. Meskipun empunya telah mati, mutiara itu tetap bercahaya"

Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..

Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..
Dari Mana Datangnya Sayang, Dari Mata Turun Ke Hati..

myLife