Showing posts with label PETUA/Tips/Panduan. Show all posts
Showing posts with label PETUA/Tips/Panduan. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Mengenal Wanita Dari Cara BERJALAN

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Tanda2 Lelaki Merajuk

Diam Seribu Bahasa
Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!haha).

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam Muka
Dah lah tak nak cakap dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je!

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...

Wednesday, June 22, 2011

TIPS MINUM AIR MASAK

Kebanyakan kita agak liat nak minum air masak walaupun tahu banyak khasiat dan kepentingannya. Kalau boleh, mesti nak air tu bergula juga. Tubuh kita terdiri dari 70% air. Jadi pengambilan air yang banyak perlu untuk sistem badan kita.
Kita disarankan supaya mengambil sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air sehari. Dengan pengambilan makanan tambahan, lebih air diperlukan untuk melarutkan supplemen tersebut ke dalam badan.

Sering-kali tedengar keluhan seperti :
“Malas nak minum air banyak, nanti asyik pergi tandas”“Nanti perut kembung dengan air masak aje.”

Tahukah anda, dengan pengambilan air yang betul, anda dapat memastikan penggunaan air yang optimum di dalam badan?

ANTARA TIPS

Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
Minum segelas air masak sejam sebelum tidur.

Ambil makanan tambahan/supplemen bersama 2 gelas air.
Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.

Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam.

Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak.

Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit.

Check pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang-kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter.

Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum.

Minum air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi belum sampai waktu makan.

Tips yang ke-7 juga sesuai digunakan semasa dalam pantang kerana orang tua-tua selalu tak galakkan minum air masak banyak kerana akan kerap ke tandas. bila kerap ke tandas maka jahitan akan lambat baik. Jadi hirup air masak panas sedikit demi sedikit. Dengan itu, anda akan kurang ke tandas.

Nah, mudah kan. Kalau ikut tips ni, sehari dah boleh minum lebih dari 3 liter air agaknya. Bila minum air masak banyak, kuranglah sikit rasa nak makan makanan tak berkhasiat kan. Maka, kita pun akan jadi lebih sihat dan bertenaga.

p/s- Selamat mencuba

Thursday, June 16, 2011

Sedikit Motivasi

Pagi ni saya tertarik dengan ungkapan :


Orang Miskin Bekerja Untuk Mendapatkan Wang,Orang Kaya Menggunakan Wang Bagi Menjana Kekayaan.
Maka
Dapatkanlah Wang Sebanyak Mungkin Dan Gunakannya Bagi Menjana Kekayaan


seperti kata motivasi untuk saya meningkatkan diri dalam kehidupan ini. insyaallah.


Jadi saya bercadang untuk bisnes..... ;))

Tuesday, January 11, 2011

8C BUAT SUAMI BENCI ISTERI

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Thursday, March 25, 2010

PETUA>>HIDUP BAHAGIA

Apakah petua mudah untuk hidup bahagia itu?

Petuanya ialah, “INGAT 2 Perkara, LUPA 2 Perkara” ;

  • INGAT (1)

Ingatlah kebaikan orang kepada kita. Syukur dengan kebaikan yang diterima. Hargai dan ingati selalu.

  • LUPA (1)

Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa jua. Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut.

  • INGAT (2)

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Istighfar selalu. Minta maaf pada dia, pohon ampun pada Allah.

  • LUPA (2)

Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang lain kepada kita. Walau hati terluka, lupakan sajalah. Maafkan dia.

Friday, August 28, 2009

Melihat Org Yg Kita Syg

Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak
wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita
lancar.

Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu
kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan
dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
betapa banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh
salah faham kecil yang entah kenapa
selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur...(renungkan........)

Wednesday, July 29, 2009

Surat Berantai

td dpt 1 email, tajuk jer bikin sunyum kalau la itu betul..wekkk tp 1st uols kene pikir, masuk toilet pun byr..klu korg pikir cmni, kompom korg takkan tertipu..huhu

tajuk email tu"cara mudah byr keta tanpa usik duit gaji"..n aku baca spintas lalu, anda cuma bg bank statement n duit masuk ..n keterangan lanjut klik link...haih saper la dodol yg cayer nih, tp msti ada yg percaya..cuma perlukan pendedahan n pengetahuan, dgn ini kita takkan mudah terpedaya..

lihat persekitaran kita nih, sumer penuh ngn tipudaya..yg tanpa sedar cth nyer, kita sering diberi n disogokkan ngn program pelangsingan badan, drpd badan gemuk 3kali ganda, pki produk diorg terus kurus..rata2 ada yg mcuba..tp aku cuma terasa utk btau " jgn la jadikan badan anda bahan ujikaji utk produk cikai begitu..kkdg ntah apepe nama pun produk tu, tp rmi mcuba hny krn dimomokkan ngn bentuk badan ideal..

tp palin aku kesal.. bila dpt surat berantai, sgt kesal, dimana aku merasakan adakah patut aku menerangkan , atau aku abaikan shj. ini bgantung gak ngn pendapat aku ttg cara penerimaan org, cara pemikiran org2 yg tlalu taksub..utk itu aku nk letak ttg cth SURAT BERANTAI disini, hny sbg panduan utk kita bersama

cth 1:
menerima fwd sms/email yg mengatakn ttg kiamat dan nasihat spy banyakkan amalan, ttp anda kene fwdkn msg ini kpd org lain, klu tak fwd akan ditimpa musibah.
(msg sebegini berbaur sedikit ugutan, cuma kita kene tau..ayat mmula tu mmg la utk kebaikan tp ayat yg suruh fwd tu adalah sesuatu yg tidak benar dan tidak wajib dipercayai. segala kebaikan dan keburukan adalah datang dr Allah SWT.)

Menerima sebarang bentuk surat berantai yang meminta kita memanjangkan kepada orang lain dan jika tidak berbuat demikian akan menerima musibah adalah satu khurafat yang perlu dijauhi segera.Ini kerana dalam akidah Islam kita diajar bahawa sesuatu yang menimpa kita adalah daripada qadha' dan qadar Allah S.W.T.bukannya daripada mesej surat tersebut.Mempercayai surat tersebut dibimbangi ia akan membawa kepada penyelewengan akidah.Oleh itu elakkkan diri daripada mempercayai sesuatu yang karut marut. .

Wednesday, June 17, 2009

Air Sejuk n Heart Attack

woWwww...Anda pilih minum air suam atau air sejuk. Diantara perkara yg akan diulas sebentar lg, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa mkn.

Kpd penggemar air sejuk(cm aku jer),ini ada fakta yg sgt bmakna.minum air sejuk slps mkn mmgla nikmat.ttp perlu diingat air sejuk akan melikatkn minyak(tentunya ada dlm hidangan yg kita mkn)-seterusnya, mlmbtkan proses pencernaan.

okei kita tgk bersama, apabila gumpalan minyak bertindakbalas dgn asid dlm perut, ia akan memecah n diserap ole enzim intestine lebih cpt bbanding mknn pejal.Dlm masa tdekat, ia bpotensi mjadi lemak n mdorong kpd kanser.Adalah penting utk minum sup panas atau air suam slps mkn.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Anda seharusnya perlu mengetahui bahwa petanda serangan jantung bukan shj pedih pd sblh kiri dada. Awasi jika terasa sakit yg menyesakkan pd dada kiri. Tanda2 lazim spt muntah2 n bpeluh blebihan.

60% pesakit terkena serangan jantung ketika tido n xbole bangun dr tido.sakit pd dada yg bole menyebabkn mrk tidak sedarkn diri.

Berhati-hati n berjaga2lah sentiasa. Lebih byk yg anda ketahui bkenaan serangan jantung, maka lebih peluang utk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika sesorg telah mbaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada yg lain, anda mungkin tak mampu menyembuhkan pesakit, ttp anda sebenarnya berjaya menyelamatkan sesorg dr mjadi pesakit.

**ckit jer, taknak ppjg, utk keterangan lanjut, surf internet je**

Thursday, May 28, 2009

25 Actions to say ‘I Love You’

1. Place notes in your lover’s lunch telling him how much you love him.

2. Page you sweetheart with an I Love You page.

3. Give her a soft kiss.

4. Make everyday things special.

5. Give your love a little note or sending him an e-mail with a poem init.

6. Listen to her every word.

7. Making a list of everything you love about them. No matter howstupid.

8. Spend quality time with the one you love.

9. Have flowers delivered with a note attached saying simply, “I loveyou.”

10. Give unexpected hugs and kisses in unexpected places.

11. Cook them their favorite meal.

12. Hold each other when you fall asleep.

13. Just be together.

14. Give your love a long hard kiss on the lips, followed by a gift.

15. Sending romantic postcards on a daily basis.

16. Get off work early and surprise your sweetheart with a dozen rosesand dinner, just because.

17. Spend all week thinking of something special for the weekend andthen… do it!

18. Give him a loving smile from across the room.

19. Draw or obtain a new romantic picture of two lovers in each othersgrasp and give it to your love as a reminder of your passion.

20. If you live quite a distance from your love, surprise them with avisit.

21. When she is asleep in the morning, cover her with rose petals andwake her up to an I love you breakfast in bed.

22. Secretly write S-H-M-I-L-Y anywhere your lover will find it. SHMILY=See How Much I Love You.

23. Have a romantic weekend.

24. For a week, smothering your spouse with all the small intimatethings they like.

25. Do a simple act of kindness, such as a backrub when he feels sick,to brighten his day.

Wednesday, May 13, 2009

Petua Mengasihi Isteri

rentetan drpd Petua Mengasihi Suami, nih dipaparkn jua petua utk suami dlm usaha mengambil hati isteri. Penting bg suami tau bahawa seorg isteri hny mau dirinya rs disayangi, dicintai. Penting juga, buatla apepe perkara yg bole buat mrk gumbira, pasti mrk juga akan berusaha menggumbirakan ati anda. Kehidupan berumahtangga memerlukn kerjasama kedua2 pihak,..justeru itu, mainkan la peranan sebaik mungkin. palin penting, jgn buruk sangka n jd la seorg isteri/ibu yg matang; jd la seorg suami/ayah yg bg kebahagian utk isteri n anak2- igt, kita hny la hamba Allah yg mencari keredhaan-Nya

PETUA MENGASIHI ISTERI

1.tpon isteri dr pejabat cthnya, utk tny khabar or sekadar menyatakan 'i luv u'-cam zaman bcinta dolu2;sekurang2nya 2x sehari utk ucapkn kata2 syg

2.Tolong buat kerja2 umah/sama2 mbantu isteri cthnya, kemas bilik, buang sampah, jaga anak; sumer nih tanpa disuruh

3.Bila ada outstation or g mmana call isteri utk btau kita dh slmt smpi

4. Tunjukkan sikap yg baik sbg ketua dlm rumahtangga n memainkn peranan sbg pendidik;tegas n gurau ikut situasi

5.Berbincang, dlm masa yg sama jgn ketepikn pendapat isteri

6.Berpenampilan kemas, mjaga kebersihan n wangi sblm tidur semestinya

7.Sokong la pendapat isteri anda ttp rasional, kiranya salah, betulkan n jangan mengiyakan sumernya

8.Tunjukkan k/syg spt urut isteri, belai n peluk mereka tanpa implikasi seksual; isteri rs dirinya senantiasa diperlukn anda stp masa n bukan pd masa ttentu shj;ini penting utk perasaan isteri tp maybe para2 sakura(para suami sbnrnye) tidak mengendahkn perkara ini
>
9.Sentiasa mberi perhatian ketika isteri bercerita; jgn buat tak endah(wpun isteri buat citer dongeng;tp ketahuilah itu usahanya utk menghiburkan ati anda;acapkali juga mrk kekeringan idea)

10.Pamerkan k/syg dikhalayak.;jgn abaikan isteri spt ketika berjalan suami didepan, isteri jauh dibelakang walhal ketika bercinta anda berpimpin tgn/beriringan;bukankah mesra begitu(jgn biar org melihat berkata begini 'msti da 10tahun bkawin nih'-memalukn!!)

11.bila berpegang tgn, pastikn tangan jgn longlai cm tak mkn;kasi erat ckit yaa

12.sabar jika isteri terlambat ckit atau ttiba ingin tukar baju yg dipakainya; jgn mementingkan masa(wpun mmg masa tu penting pun); isteri akan berada dlm keadaan mendesak n kelam kabut-jgn buat spoil pd mood mrk

13.beri perhatian yg lebih kpd isteri berbanding org lain di khalayak ramai; isteri merasa sgt dihargai n tau bahawa dia adalah org palin penting utk anda;jika itu yg buat dia gumbira, lakukan

14.Lebihkn isteri anda dr anak2; jgn buat isteri anda merasakan bahwa anda hny lebih syg anak berbanding mereka

15.Belikan hadiah or kad ucapan, nilai bukanla sesuatu yg penting ttp keikhlasan; itu yg diinginkn

16.Jika anda lmbat, btau isteri ttg kelewatan itu;jgn biarkn isteri menunggu n menunggu;ketika menunggu inila kesabaran isteri sedikit teruji

itu shj la..yg baik dtgnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian utk panduan/renungan bersama~

Petua Mengasihi Suami

nih ada petua kehidupan berumahtangga, aku amik dr email yg myhus pernah antar dulu kat aku, tp aku ubah ckit2 ayat, yg ayat panjang , aku pendekkan, asalkan anda fhm maksudnya okei..just 4panduan n sbg tips or utk direnungkan tp bukan utk dipertikaikan

PETUA MENGASIHI SUAMI

1. Bergelar isteri, anda perlulah mjamu mata suami n seharusnya tau lelaki mudah terangsang mlalui penglihatan. Pakaian contohnya, selain itu, senyuman juga penting, selitkan jelingan2 manja.-pasti hati tergoda

2. Sambut kepulangan suami dgn gembira(tp jgn melompat) n hantarlah pemergian suami dgn hati yg sedih n mharap kesetiaan. Bersalaman/berciuman apabila dia pulang n tika mau meninggalkan umah. Isteri yg bijak tau 2 hal terpenting adalah perut n @#$#(malu nk btau;anda faham?)

3.Jgn byk meminta, jika suami ada masalah, bantulah..yg penting mainkan peranan yg bijak uruskan ekonomi r/tangga.

4.Klu pun anda bgelar nenek, pastikan ungkapan sayang dilakukn stp ari..tp klu anda belum jd nenek lg;ini msti dilaksanakan.

5. Terpulang kpd anda utk bersikap romantik or sebaliknya, cuma caranya ttp ada..anda bole curi2 mciumnya or sentuh n belailah suami slalu, berpegangan tgn/bahu ketika berjalan-manis skali hubungan spt itu kan

6.Masa yg palin manis dlm kehidupan umahtangga?amalkn masuk tidur bersama suami, takdak istilah '' u masuk dulu la, i mau nontonn tv''-jika begitu temaninya

7.Jauhilah dr berleter/ marah kpd suami jika bantuan yg diberinya tak kena dimata anda-suami da nk tolong dikira suda bagus(kadangkala suami berjauh hati/merajuk;tanpa kita sedar)

8.Jgn slalu marah anak dpn suami, lgpun anak itu juga anak yg disayanginya;pkataan selalu bukan tak bole-pandai2 sesuaikn

9.Jgn gunakan perkataan2 spt busuk, pengotor, ati suami tersentuh llagi keluar dr mulut isteri sndiri;jd berhati2 dijalan raya he3. Amalan bagus adalah spt mandi bersama n urut pasangan

10.(aku merasa was2 samada aku nk letak kt cni;tp ini just tips asli tau) Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Ketika tidur, sentiasalah menghadap suami, jika mau membelakanginya, mintalah izin;cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda

12.Jgn la bercerita perkara yg bole mjatuhkan airmuka suami kpd org lain-peliharalah maruah suami..jika perlu, ceritala perkara kebaikan shj; itulah tanda anda benar2 kasihi suami

13.pastikan anda tau fakta ini; byk penceraian/poligami bpunca dr isteri yg kurang fhm keperluan suami dr sudut seks-kurang layanan/byk alasan mbuatkn suami bosan

14.(sekali lg tips nih cm malu nk ltk;okei aku gunakan bahasa halus;anda dah dewasa, anda fahamkn)bukanlah suami yg mulakan tp sekali sekala anda mulakan-mbuat dia rs diperlukan

15.'perhubungan' adalah jalinan kasih 2jiwa utk memanisfitasikan cinta, jgn biarkn sorg aje mainkn peranan manakala sorg lg kaku

16.Suami akan igt layanan isteri ketika dia sakit.so, beri la sepenuh perhatian ketika itu, suami takkan lupa jasa anda-ini la dikatakan susah senang bersama.PEMIKIRAN suami tak dpt dibaca apabila umo nya 40an(aku tak fhm ayat nih,;nper usia 40an?anda tau??)

17.Ketahuilah 'airtangan isteri mampu eratkn k/syg. so, slalu la la memasak utk suami, jgn biarkn suami biasa mkn diluar

18.Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak2 dgn baik, peliharalah silaturrahim dgn keluarga suami. Mudah-mudahan anda akan manemui suami anda disyurga.

Kpd para2 sakura(para isteri sbnrnya), jika perkara diatas mjadi amalan anda, teruskn lah.kpd yg tak mlakukan satu pun, perbaiki la diri.palin penting hormat la suami, jgn sekali dicaci or direndahkan.okei lps nih nk tempek Petua Mengasihi Isteri pula...br la adil

Friday, May 8, 2009

Tentang Tidur

Tentang tidur, tentang bagaimana dan bilakah kita seharusnya mengejutkan sahabat yang sedang lena tidur. Indahnya Islam. Segalanya di ajar oleh Rasulullah s.a.w - moga sedikit ilmu ini ada manfaatnya utk anda.

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut :
Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)
Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)
Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.Nabi saw bersabda:
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
Kelima:
Tidur waktu subuh. Nabi saw bersabda:
“Tidur subuh menegah rezki.”(Hr Ahmad – sanad lemah)Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”
Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”(Hr Bukhari - sahih)
Ketujuh:
Tidur lepas solat asar. Nabi saw bersabda:
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah.Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.
Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Ø¥Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”(Hr Ibnu Majah)
Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail. Nabi saw bersabda:
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)
Kedua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”(Hr Muslim)

Thursday, March 19, 2009

'Air Tangan', 'ROH' apakah?

(Berikut adalah pd pendapat aku n digabung kan ngn research kt internet bg menguatkn)

Bagaimana ya PETUA org dulu2 dpt mbantu kita mbina r/tangga yg harmoni, bahagia n penuh ngn k/syg?okeh nih aku nk citer ..mmula dulu prnh aku utarakn ngn my hus, borak2 n aku nyatakn pendapat aku yg tak suka ssape pun masuk dlm bilik tido kitorg, tu paling pantang..(if umah tu kita punya la)..tp aku bole consider la klu bilik terhad tp setakat dok tumpang salin-menyalin, itupun aku cukup berasa tak selesa.
Sbb palin utama nilai yg cmtu da diserap kat aku sejak dr kecik oleh MAK. Mak ckp cmnih ''mak tak pernah bermain2 dan masuk bilik nenek ko ssuka ati, msti kene marah''. Cmtu gak aku takleh masuk n mmain kt dlm bilik mak&ayah. Bilik tido mak/ayah adalah tempat larangan. Aku yg pastinya masih lom fhm, npe nenek tak bg mak masuk n npe mak begitu sensitif bkenaan nih, pernah aku ajukan persoalan cmtu tp tak diendahkn oleh beliau.kah3

Akan ttp, stlh dewasa n stlh mdirikan umahtangga aku perasan aku punyai pendapat begitu. Ironinya bila dok umah sndiri(kuarters), bilik tido aku-myhus adalah tempat larangan..my adikberadik mmg da fhm sb diorg diterapkn ngn nilai yg sama. Begitu menghormati privacy kami. Tp ada juga segelintir org2an/tetamu yg tak bpe fhm dok sibuk nk meninjau bilik, nk tgk bilik pengantin baru, katanya.Bilik pengantin adalah tatapan sblm , ofcoz la sblm n BUKAN SELEPAS...Apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Klu la bilik tu, kita nih yg bgelar ISTERI ini yg mengemasnya.(ada rahsia tu, bukan kata2 kosong)

AIR TANGAN!!! iTU la rahsianya, air tangan sbg isteri n sbg ibu.Tiada penjelasan saintifik tp ia dpt dijelaskn melalui Kaedah Rohaniah.
Msti anda cuba utk merasa tidak percaya, tp cuba fikirkan, kita sering teringat masakan ibu, pegi la kt mana pun dlm dunia ni tp kita akan temukn masakan yg serupa tp berbeza rasanya dgn apa yg terhidang hasil dr ''airtgn ibu''..wpun hny cucoUdang (my peberet kuih tp yg mak buat n bukan org len buat)

Kebajikan suami juga, bg yg ada maid,kenapa biarkn maid indon (slalu maid nih byk indon) nih beriya2 menggosak baju n suar suami n melipat pakaian, lagi lak pakaian dlm! Kita isteri nih sentuhan kita pd brg2 suami sbnrnya ada 'ROH'. Jika 'roh' tu dibelai oleh org lain apa akan jadi?da tentu la tarikn tu beralih arah. Itu sebab kadangkala terjadi suami ensem n isteri cantik n bkerjaya, bermadu, n madunya plak adalah pembntu umah..alahai

Begitu juga dlm hal makan-minum, kan sudah dipesan org tua bahwa nk jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu.DAn antara dua lututnya(shahwatnya). Insyaallah suami sentiasa sayang n merindui kita. Bayangkn klu kita yg ssama bkerja nih, mkn mungkin beli dikedai, ttp perlu sekali-sekala masak , klu kita tak cmtu, bila masanya kita dpt 'belai roh' suami agar dkt ngn kita.Penat usah cerita, sumer dr kita penat tp masa yg tluang jika diguna bole mjadi salah satu cara dr beribu2 cara yg ada.Wokeh tak? hehehe

Lg 1, bab pakain kecik..ala msti ada yg kata tak logik tp cuba tgk kat mana org tua2 nih sidai, psal tak nmpk pun, takkan diorg tak pki.erm teringat lg masa sidai pakaian dulu..mak ckp klu sidai tu ppandai la selindung jgn terang2an.cam pengampai tu ada 5 lapis. Lapisan ke3 sesuai la kot utk smbunyi dr tatapan jiran.Okei nih pakaian nih sumer klu kita nih suami/isteri jgn bg maid(bg yg ada maid) lipat. Very sensitif..sebaik2nya ISTERI yg urus ye

Lastly, n palin penting, 1 petikan yg aku amik terus melalui bahan yg aku baca ,
"bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil. Jadi usahankan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2. ''
maybe petikan yg nih kuat utk mengaitkan npe Bilik tidur suami/isteri adalah kawasan larangn sb adanya roh' n jgn di kaco2 ngn org tak berkenaan. Bg yg menganggap perkara nih remeh, abai kan jer la..cuma suka utk mengingati kadangkala perkara remeh la mjadi punca sesuatu yg besar. -DA ABIH-

Thursday, January 22, 2009

Tanda-tanda Berbohong


Ala kkdang leh tau klu org bohong kt kita. Tp cian jer org yg bohong sb pembohongan tak jd. Kkadang ada org klasifikasikan kata Tipu Sunat'..arggh utk kebaikan katanya..

MEMPERCAYAI.Haaa yg nih kene sentiasa jaga2, bg perhatian ckit supaya kita jgn tpedaya n percaya bulat2. Lastly, da nk ending baru tau..''waaaa aku tertipu''..arr nih taknak..nnt br la suai lagu Tipah Tertipu Lagi utk kita.

Sbnr nya tanpa apepe tips kita leh kesan pembohongan nih, naluri contohnya. Tp kajian ngn tips dibawah antara yg leh kita kesan taktik pembohongan dilakukan. Sbnr bukan cuba utk cari kesilapan tp sbg benteng spy tak mudah diperdaya.

Nih aku nk citer psal diri aku kene tipu nih. Tahun lpas aku kene tipu ngn salesman cina. Aku beli iron kat dia harga $99 dia kata senang nk gosok, tak mcm iron biasa. Nih kira luar biasa la iron tu drpd penerangan n demonstrasi dia tp lek umah n guna, hasilnya HAMPEH. Citer lama pula, yg aku igt, aku kene tipu ngn kkawan (nih mmg tensen)..lg..ada org gores&menang nk tipu aku tp aku tak percaya..haa tu jer la serba sedikit citer dr aku n kita ikuti tips dibawah :

Menyentuh Hidung
Bila seseorg bbohong, tisu2 erektil pd hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya mbesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. So, apabila si dia bcakap dgn anda n kerap menyentuh hidung yg tak gatal, sbnrnya ada sesuatu yg diselindungkan.

Menutup Mulut
Ada sesetengah org meletakkan tangan di atas mulut mereka bila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yg lahir dr segi psikologi krn dr kecil lagi sudah dididik utk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata2 dusta, tangan cuba mhalangnya.

Gagap
Apabila seseorg yg bcakap lancar n licin tiba2 gagap merupakn tanda2 sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa2 petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain spt sedih, pilu, marah n sebagainya, kemungkinan besar org t'sebut berbohong.

Pergerakan Mata
Org yg bbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dgn memandang tepat pd mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata bkurangan dr kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dgn banyaknya, ini merupakan tanda2 tekanan perasaan yg berkemungkinan disebabkan bbohong juga. Kerlipan mata yg normal shj menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan Jawapan
Org yg bbohong perlu berfikir sebentar utk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda2 bahawa org tersebut mungkin berdusta.

Resah
Org yg berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorg yg dlm keadaan tenang tiba2 shj menjadi resah dan tak senang duduk apabila berhadapan dgn sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorg itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorg itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dgn teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Tuesday, December 23, 2008

RAHSIA BANTAL

Bantal pun ada maksud..biasa dgr kan?aku pun da byk kali dgr psal nih..byk lg kkdg org lihat dr cara mkn, cara jalan pun bole nilai, cara tido telentang or telangkup ker hahhaha. Itu lom lg ttg aper yg ade ditubuh kita, lg la mcm2 teori..tp nih sumer just suka2..takde la nk kata 100% tul...igt nih, JUST SUKA2...

Klu nk tau aku mmg tido tanpa bantal...tak suka aku alas kepala ngn bantal..bukan ape, da selesa begitu..klu pki gaks bantal kepala aku fenin n ssemut...hahahhaha lain dr yg lain

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu...hikhikhik

Friday, November 28, 2008

Apa Kaitan Ngan Buah??

kaka lak rs.. ader ker di kaitkan manusia ngn buah lak...tp cam kene gak..yg aku lak g letak gambar rose padahal citer nih kaitan ngn buah? hehehehe sukati la nak letak coz nih kan blog aku....BLOG NIH AKU YG PUNYAAAA.......sempoi...


Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.
Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili.Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Wednesday, November 26, 2008

76 TIPS Memenangi Hati Wanita

Sememangnya hati wanita itu lembut..klu tau cara nya mudah sekali utk pikat hati wanita itu..tp biarla kene cara n tul2 ikhlas...Di bawah antara tips yg bole dipakai ole kaum suami utk memikat isteri..igt, pikat ati wanita bukan hanya sblm perkahwinan malahan slps pkawinan lg penting utk keharmonian rumahtangga yg berpanjangan. Oleh itu sang isteri boleh la bg tgk kpd suami mereka yg rase2 bole mbantu sang suami utk lg tcare pd nya. Disamping itu sang isteri jua harus la memainkan peranan mereka dgn sempurna...tips utk sang isteri akan menyusul kelak....nantikan...


1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya `Saya kasihan awak tersinggung' . Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya. 24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan `Aku cinta padamu'.
27. Katakan `Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
30.. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
32. Basuhkan kereta yang dipakainya.
33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti `Awak nampaknya gembira hari ini' atau `Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
55. Solat bersama dan berdoa bersama.
56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat.. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan `Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah..
68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya. 73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Apa yg Lelaki Suka n Tak Suka

Memang da jd kebiasaan aku dulu..sejak mula kenal ngn my hus selalu aku cari ttg sikap ttg cinta ttg puisi cinta ttg kisah2 ttg cara2 ..aper yg lelaki suka aper yg tak suka..almaklumla org br dilamun cintaaa...


Sbnr byk kali aku baca..surf internet jer la..fre kan..klu jupe yg bagus aku print n wat koleksi..bukan aper aku cuma berusaha utk jd yg tbaik utk si dia(skg hus aku la)..mmg tak sumer benda aku ader..tp berusaha kearah tu aku rase mmg bersemangat...tp aku tak lupa la sbnr kita nih sejauh mana kita cuba tp sikap sbnr kita takkan lari...n paling aku igt sorg wanita takkan leh nak ubah idup or perangai lelaki..kalaupun lelaki itu ikut spt kata wanita td..peliknya dia hanya jd begitu tp dia bukan dirinya yg sbnr..dia acuan aper yg kita nak..so aku mmg taknak ubah pun cuma aku nak MEMAHAMI....tp kan sbnr lelaki dgn rela nya sanggup ubah sikap yg wanita tak suka yg ader pd nya hny krn CINTA


Aku suka kan diri si dia yg sbnr n hope si dia terima aku seadanya...


Lelaki suka:
1.Sikap kelakar
2.Budi pekerti dan kesopanan
3.Murah hati
4.Senyuman manja
5.Pandai memasak
6.Pandai dalam mengenakan pakaian
7.Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
8.Tak mudah naik angin
9.Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
10.Tak terlalu seksi dalam berpakaian
11.“Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
12.Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
13.Berwawasan atau bercita-cita tinggi
14.Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15.Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
16.Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
17.Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
18.Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
19.Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
20.Sikap keibuan
21.Sukakan kanak-kanak
22.Suara lembut tanpa dibuat-buat
23.Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
24.Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
25.Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
26.Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
27.Tahu bersyukur
28.Pandai berjimat-cermat
29.Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki Tak Suka:

1.Wanita yang suka mengumpat
2.Sombong dan bongkak
3.Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4.Hisap rokok
5.“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
6.Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
7.Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
8.“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
9.“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
10.Wanita yang hipokrit
11.Pembohong dan suka mencari alasan
12.Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
13.Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
14.Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
15.Pengotor dan pemalas
16.Tak bertanggungjawab langsung
17.Tak pandai mengemas
18.Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
19.Kuat berleter walau hal remeh temeh
20.Boros berbelanja
21.Tak tahu memasak
22.Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
23.“Queen Control” atau suka mengarah-arah
24.Tak pandai bergaya atau selekeh
25.Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
26.Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
27.Panas baran
28.Kuat merajuk dan sukar dipujuk
29.Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
30.Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..

Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..
Dari Mana Datangnya Sayang, Dari Mata Turun Ke Hati..

myLife