Friday, November 28, 2008

My Famili Ka

Today kan jumaat so byk sgt masa tluang..tak kuar lunch coz disediakan mkn free...takder ape wat, nasib la leh surf internet ..klu tak kompom aku melenakan diri..sambil tu aku buka la pic kat photobucket my hus n jupe gambo keta kami..ini la keta kesayangan my hus n aku jua..hehehe



teringat lg camner leh beli ini keretaaaa...mmula mmg nk tukar keta tp kami tak tau nak beli keta ape..mcm2 ader cadangan tp ati jer tak kuat nk beli...masa tu antara keta yg bmain difikiran WAJA, HYUNDAI ACCENT (aku ckp nih klu pki msti eksen),VIOS(budget prob) n KIA SPECTRA(hus aku kata ini keta tidak lawa)....n sblm kitorg pilih keta ape yg bakal kami miliki ttiba dgr citer bahwa proton nak kuarkn PERSONA...n masa launching PERSONA..kitorg g lpas lek dr keje...1st tgk terus cam minat..lpas tu aku ckp ngn my hus...OK nih la bakal keta kita..sememang nya my hus pun terus jatuh cinta ngn ini keta(keta takpeeeee.....hahaha)..sama ngn aku coz kitorg mmg sama taste (kebanyakan nyer camtu)....

Kitorg antara yg terawal pki PERSONA nih...keta nih launcing bulan 8/2007...n awal bulan 9 kitorg da pki...suka gaks..puas ati...tgk keta nih... da btukar rim..my hus nyer keje la tu..klu aku ckp kat dia bazir jer tukar rim tu...tp dia suka make-up keta nak wat camner, aku lak make-up muka...lebih kurang la tu


nih lak pic keta lama kitorg n skg pun still keta nih keta kami, sayang lg ngn keta nih..my hus ckp keta nih la yg bw kitorg ber dating dulu.byk jasa nya...kenangan tu
sayang ngn keta nih sgt2..tp jarang da guna..ader hasrat nak jual..tp saper nak beli..sbnr da ader buyer tp not sure dia jd amik or tak...klu pun dia jd...erm cam sedeyyyy keta nih bukan milik kami lg......kuang kuang kuang

Apa Kaitan Ngan Buah??

kaka lak rs.. ader ker di kaitkan manusia ngn buah lak...tp cam kene gak..yg aku lak g letak gambar rose padahal citer nih kaitan ngn buah? hehehehe sukati la nak letak coz nih kan blog aku....BLOG NIH AKU YG PUNYAAAA.......sempoi...


Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.
Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili.Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Di Suatu Pagi..


Ape la aku pg ni..da dtg awal g opis..elok jerk dok ngadap pc..dlm kol 7.20 aku da dtg..lpas tu g toilet..balik dr toilet ttiba teringat tak punch card..adoiiii….aper nak wat.. so punch card kol 7.40 la ..aku da la masuk keje kol 7.30- 4.30

On d way g opis td dpt msg dr Nora. Dia mc today, pening katanya..tingggal aku sorg la nmpk nya..aper nak wat bahagian aku nih mulanya ade 4 kerani..1 da pindah Sabah, aku skg Tanggung Keje dia…so tinggal 3, 1 org da mc lebih 1bulan , pregnan prob..tinggal la 2 kerani , aku n nora la tu….so today, nora mc, tinggal la aku sorg..kuang kuang kuang hope la jgn bz sgt lps nih…nnt capek gue..

Nih aku sambil rekodkan surat smlm la nih…kasi clear…mane tau lpas nih keje lain menyusul lak.(confirm!!!) B’fes jap lg..nak turun café amik paper skali n pulang kan buku kat library..ari tu nak exam aku pinjam buku Tonggak 12 n buku cerita motivasi tp tak baca sgt pun..so buku tu menginap lama la dlm laci aku nih…

Aku nak cau cin cau dulu ke café ….ahaks.

Wednesday, November 26, 2008

76 TIPS Memenangi Hati Wanita

Sememangnya hati wanita itu lembut..klu tau cara nya mudah sekali utk pikat hati wanita itu..tp biarla kene cara n tul2 ikhlas...Di bawah antara tips yg bole dipakai ole kaum suami utk memikat isteri..igt, pikat ati wanita bukan hanya sblm perkahwinan malahan slps pkawinan lg penting utk keharmonian rumahtangga yg berpanjangan. Oleh itu sang isteri boleh la bg tgk kpd suami mereka yg rase2 bole mbantu sang suami utk lg tcare pd nya. Disamping itu sang isteri jua harus la memainkan peranan mereka dgn sempurna...tips utk sang isteri akan menyusul kelak....nantikan...


1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya `Saya kasihan awak tersinggung' . Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya. 24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan `Aku cinta padamu'.
27. Katakan `Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
30.. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
32. Basuhkan kereta yang dipakainya.
33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.
36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti `Awak nampaknya gembira hari ini' atau `Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
55. Solat bersama dan berdoa bersama.
56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat.. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan `Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah..
68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya. 73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Apa yg Lelaki Suka n Tak Suka

Memang da jd kebiasaan aku dulu..sejak mula kenal ngn my hus selalu aku cari ttg sikap ttg cinta ttg puisi cinta ttg kisah2 ttg cara2 ..aper yg lelaki suka aper yg tak suka..almaklumla org br dilamun cintaaa...


Sbnr byk kali aku baca..surf internet jer la..fre kan..klu jupe yg bagus aku print n wat koleksi..bukan aper aku cuma berusaha utk jd yg tbaik utk si dia(skg hus aku la)..mmg tak sumer benda aku ader..tp berusaha kearah tu aku rase mmg bersemangat...tp aku tak lupa la sbnr kita nih sejauh mana kita cuba tp sikap sbnr kita takkan lari...n paling aku igt sorg wanita takkan leh nak ubah idup or perangai lelaki..kalaupun lelaki itu ikut spt kata wanita td..peliknya dia hanya jd begitu tp dia bukan dirinya yg sbnr..dia acuan aper yg kita nak..so aku mmg taknak ubah pun cuma aku nak MEMAHAMI....tp kan sbnr lelaki dgn rela nya sanggup ubah sikap yg wanita tak suka yg ader pd nya hny krn CINTA


Aku suka kan diri si dia yg sbnr n hope si dia terima aku seadanya...


Lelaki suka:
1.Sikap kelakar
2.Budi pekerti dan kesopanan
3.Murah hati
4.Senyuman manja
5.Pandai memasak
6.Pandai dalam mengenakan pakaian
7.Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
8.Tak mudah naik angin
9.Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
10.Tak terlalu seksi dalam berpakaian
11.“Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
12.Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
13.Berwawasan atau bercita-cita tinggi
14.Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15.Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
16.Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
17.Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
18.Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
19.Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
20.Sikap keibuan
21.Sukakan kanak-kanak
22.Suara lembut tanpa dibuat-buat
23.Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
24.Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
25.Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
26.Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
27.Tahu bersyukur
28.Pandai berjimat-cermat
29.Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki Tak Suka:

1.Wanita yang suka mengumpat
2.Sombong dan bongkak
3.Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4.Hisap rokok
5.“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
6.Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
7.Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
8.“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
9.“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
10.Wanita yang hipokrit
11.Pembohong dan suka mencari alasan
12.Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
13.Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
14.Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
15.Pengotor dan pemalas
16.Tak bertanggungjawab langsung
17.Tak pandai mengemas
18.Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
19.Kuat berleter walau hal remeh temeh
20.Boros berbelanja
21.Tak tahu memasak
22.Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
23.“Queen Control” atau suka mengarah-arah
24.Tak pandai bergaya atau selekeh
25.Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
26.Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
27.Panas baran
28.Kuat merajuk dan sukar dipujuk
29.Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
30.Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Tuesday, November 25, 2008

K.A.W.A.N


Kawan

Aku jua punyai kawan. Suka berkawan krn kawan kita tak rase sunyi, slalu ape yg digambarkan ttg kwn.adalah baik belaka. kwn yg mkn kwn bukan kwn tp musuh.hehhehe
Dlm melayari idup ini telah berbagai kwn aku jupe.sumer blainan perangai.dr kecil hingga besar , blainan situasi jua blainan perangai aku temui. Aku jua begitu dlm memainkan peranan sbg seorg kwn.

Dulu kkwn masa kecil jjiran la..anak jiran..kat sekolah lak aku rase rapat ngn dia tu..suka kkadang dok lepak umah dia..kkdg umah aku..kemana saje kami pegi, ke pasar mlm pun bsama.aku slalu naik moto dia coz aku tak tau sgt bw moto.skg kwn aku tu da jd nurse..erm aku lost contact ngn dia…bila kami masuk alam pekerjaan masing2 bw diri…

Kemana jer aku pegi maka akukan ada kwn br.ramai sgt tp aku rase rapat ngn budak nih..yer la aku panggil budak coz dia muda 1thn dr aku…so close ngn dia.lpas tu aku tukar tempat keje tp still bila lek kampung dia cari aku..erm tp akhirnya cam da kureng ..dia da berubah tak cam dulu..aku takut org pk aku ape sb aku pernah baca n pernah dgr org kata bahwa klu kita nak kenal seseorg kita lihat ngn saper dia bkawan…sori to my fren tp ketahuilah aku mmg seronok bkwn ngn ko..aku still igt ko …hope 1ari nnt kita jupe n bole dok gelak ketawa..dlm masa yg sama ngn kak A, kak J, n L. rapat gak. A n J da kawin..masa kitorg bkwn dia single lg. sempat la aku tgk anak dia..masa mmg kejap sgt..

Di tempat lain pula n umo aku pun tambah setahun lg.aku bkwn rapat ngn ngan kak M dan C.kemana sajer kami bertiga.aku paling suka ngn kak M sb dia byk ajar aku pendek kata aku mmg terhutang budi ngn dia..dia la teman dikala susah senang.dlm byk2 kwn aku paling suka berkawan ngn kak M dan C.mmg diorg baik belaka.C pula begitu memahami, mudah merajuk lak tu…kkdg dia merajuk ngn aku..yerla sensitive sgt..aku ckp ckit kkdg dia terasa..cpt2 aku pujuk..sbnr aku pun kkadang begitu..dia lak pujuk aku so fair la..kitorg makin akrab…aku klasifikasi kan mereka berdua sbg SAHABAT. Raya aritu aku g raya umah C.sbnr aku ngn kak M da aper erk….erm skg nih kitorg da tak kwn lg..kitorg gado?ader selisih fhm ckit..lpas tu kak M kata klu camni kita takyah kwn lg…aku ok kan jerk sbnr aku sedih dia kata begitu, aku kata ok aku tak kisah tp dlm ati siapa tau…aku sedih sb dia kata camtu n aku taknak jupe dia lg!cam budak2 kan aku rase padahal selama ini aku suka kelihatan spt dewasa, bersikap matang.

Akhirnya aku pk skg..takper la biasa la tu adat dunia…n skg aku bkawan ngn sumer.kongsi idea, kongsi cerita…tp aku bataskan ..jgn tlalu rapat sekadar biasa2…dgn itu aku lg gembira…punyai teman sekerja..punyai kwn2...hehehehe

Monday, November 24, 2008

KISAH AKU

Manusia tak pernah puas ngn aper yg dia ada..bila da punyai sesuatu msti akan ada cita2 br…seterusnya berusaha ke arah itu..itu lah manusia yg penuh dgn harapan..jgn bhenti bharap andai harapan itu buat kita maju kan diri. Apabila harapan telah tercapai, kita puas ..senyuman terukir di bibir..hati berbunga girang, lantas mungkin jauh disudut hati kita berputik impian br..cam aku la..

hehehe dulu aku idam kan keluarga bahagia n anak, aku nak jd ibu..nak rase pengalaman bsalin..org kata sakit,aku takut gak dgr tp tak kisah asalkan aku dpat rase ape yg semua kaum ibu rase. Tercapai gak hasrat aku tu, kini pun dah jd ibu kpd 2 hero, bahagia sgt lpas tu ati nih teringin sgt nak ader baby girl wat penyeri…





…yer la nak gak rase beli gaun n hiaskan dia..bukan aku tak gembira ngn 2 hero aku, tidak sekali…Cuma aku ingin rase pengalaman yg bebeza tp andai nyer tiada baby girlpun aku pasrah sb aku bpeluang juga rase punyai anak yg kusayangi, aku amat bersyukur pada-Nya…Ade suami disisi, cam rs bertuah sgt sb ada disisinya. Anakku 2 org tu keletah nyer cukup menghibur kan ku, tak menang tgn dibuatnya. Ya Allah , aku bersyukur ke hadaratmu krn berikan aku kebahagiaan ini.

Kini sememangnya kupunyai kehidupan yg lain. Dulunya aku cuma anak kecil yg pinta dimengertikan. Membesar bersama adik beradik adalah kenangan manisku. Selalu aku kenang masa lalu, rindu sgt ngn saat spt itu. Hubungan antara aku n adik beradik sungguh rapat. Mak n ayah didik kami agar tidak berkira sesame sendiri. Klu benda ckit kitorg akan kongsi biar cuma rase secubit tp ramai dpt. Padaku mak n ayah seorg yg tabah dlm mbesarkn 8 org anak. Penat mencari rezki tp apabila pulang terukir senyuman melihat kami adik beradik. Tp jelas kepenatan terpancar di wajah mereka. Dikala itu aku simpan cita2 bahwa suatu ari nnt aku bisa berikan mak n ayah sedikit kesenangan.

Alhamdulillah, wpun aku tidaklah mencapai kejayaan yg besar dlm kerjaya, yerla aku bukan belajar tinggi mana pun. Tp pendidikan yg mak n ayah beri nih aku cukup senang ngn keje aku skg. Llagi keje ngn gov, terjamin n mmg keje nih menyeronokkan. Mereka jua gembira krn anak mereka punya masa dpn n bole idup bdikari. Mereka tumpang bangga.

Selalu sgt aku rindukan utk pulang ke kampung halaman. Yerla selama belasan tahun itu la kediaman aku. Inikan pula br berapa tahun sgt dr usia ku idup bukan lg disana tp kini aku tinggal bersama suami tercinta n anak2 yg kukasihi. Wpun bahagia kukecapi tp ingatan ku pastinya pd ayah bonda. Aku sgt2 rindukan mereka. Kadangkala ingatan pd nya membuat ati ku diruntun sedih, aku mau duduk menemani mereka dlm meniti ari tua..erm nih lg 2weeks br lek jupe mereka…aduhai terasa masa begitu lama biar pun kitorg jupa selang 1bulan biasanya. smlm jupe kejap jerk kat umah k'lag....
okei la sampai disini catatan ini, coz sambung keje...bye.

CHICKEN STEAK

Smlm g knduri kawin di Nilai..tak rancang nk g pun..last minute bgn tido nyer kputusan..kenduri kawin saudara jauh.mak n wan&atuk, pakcik makcik ramai g.mak kata lek dr kenduri nk g umah k'lag di s'ban.dlm kepala aku cuma terfikir nak wat chicken steak utk mak, leh mkn kt umah k'lag nnt..k'log pun ade sana..best nyer menjamu selera..

kejap jerk wat ciken steak..sementara my hus g pasar beli ayam, aku pun dah siap wat black paper sauce n kemas umah..lpas tu aku pun iron baju..ayam tu aku buh ramuan n da siap..(masak ayam kat umah k'lag..tgh panas br best mkn)

sambung lg iron bj..tmasuk la baju utk keje..

Nih resepi ciken steak, senang jer cuma masa aku wat tu tak lengkap, my hus siap request mashed potato n kacang panggang..n masa mkn d umah k'lang..ayah kata nnt lek kampung wat lg camni...aku no hal jer sb cam suka ,aku masak n org mkn..tu pun aku da gembira..


CHICKEN STEAK

Bahan
ayam 1 eko (bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu
1 s/b sos plum(optional)
..sos tiram pun letak

bahan kisar
lada sulah
5 ulas bawang putih
4ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

Cara:
1. Potong ayam
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.(kuali pun bole)
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering
5. Angkat dan sediakan sos.
hias ngn salad n tomato br menyelerakan....

Sos Lada Hitam
Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar halus]
2 sudu besar tomato sos (sue pki sos cili jew)
n sos tiram
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki .bg secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

klu nak kuar umah..g mmana jer la..kelam kabut aku..yerla mmula sekali siapkan anak 2 org
.siap kan susu n baju n pampers masuk dlm beg..bila da mandi kan diorg ..tau2 jer la da pki baju cantik tak sabo diorg nk g..so aku pun siap cam katun..hehehehe sib baik hus aku tu rajin bangat bab tolong menolong nih.

erm membesar kan anak 2 org nih kkadang aku pun bole tgelak sendiri hanya dgn mengenang peristiwa..masakan tidak anakku tu la sumber kekuatanku n penghiburku. tp lucu nya kkadang ngn anakku tu la harith n danish aku bole btukar wajah..kkadang aku jd katun kkdg jd hulk hogan...tp harith suka ultraman..hehhe ultraman tiga..dia kenal tu

Friday, November 21, 2008

Mutiara Hikmah


MUTIARA HIKMAH

1) 4 Perkara Yang Tidak Diketahui Kadarnya
Hatim berkata : "4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati

2) 4 Perkara Yang Lebih Baik
1) Malu drp lelaki adalah baik tetapi drp perempuan lebih baik

2) Adil bagi setiap orang adalah baik tetapi drp pemerintah lebih baik
3) Taubat drp pemuda adalah baik tetapi drp orang tua lebih baik
4) Dermawan drp orang kaya adalah baik tetapi drp orang miskin lebih baik

3) Kalau Tidak Kerana...
1) Kalau tidak kerana orang saleh, akan hancurlah semua orang jahat
2) Kalau tidak kerana ulama' nescaya akan jadilah semua manusia itu seperti binatang
3) Kalau tidak kerana pemerintah yang baik, akan berpecahlah manusia kepada kehancuran

4) Orang Yang Paling Kuat
"Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh"

5
) Akibat Selalu Kenyang...
"Sesiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya"

6) Buah Akal, Iman Dan Fizikal
"Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa ialah ilmu pengetahuan dan buah fizikal ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota itu melahirkan buah dalam kehidupan"

7) Rugi Meninggi Diri
"Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana memandang luasnya". Ertinya, orang yang meninggi diri, orang tidak akan jatuh hati kepadanya. Sebaliknya orang yang merendah diri dapat mengambil hati orang tanpa bersusah payah.

8) Pahala Percuma
"Apakah kamu rasa kecil dan malu dihina ? Apakah kamu tidak tahu orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah"

9) Bermusuh Dengan Sibijak
"Bemusuhan dengan seorang yang bijak lebih merbahya daripada bersahabat dengan 100 orang yang bodoh" - peribahasa Arab

10) Semulia Manusia
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan


11) Kepuasan
"Anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi anda boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih" - Ibnu Maqaffa

12) Akhlak Yang Buruk
"Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah" - Wahab Munabih

13) Keadilan
"Keadilan itu syurga bagi orang dizalimi dan neraka bagi penzalim" - Saidina Umar bin Al-Khatab

14) Keadilan Raja
"Keadilan pada diri seorang raja umpama sebentuk mutiara. Meskipun empunya telah mati, mutiara itu tetap bercahaya"

Thursday, November 20, 2008

dOa seOraNG iStEri



DOA SEORANG ISTERI


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang soleha Isteri yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

KhaS uNtUkmU..

Coretan ''KhaS uNTuKmu'' pertamanya utk org kusayang.... luahan hati n emosi kutatap khas pd nya d ari lahir ke ##...
ternyata luahan ini membuatnya tersenyum lantas menyatakan rase terharu....aku adaptasi kan ucapan ini di http://www.123greetings.com/ terus pdnya..1st julai br dia dpt .. surpriseeeeee....
hehehe kenangan smlm mmg indah, ari ini dalam lakaran, esok sama-sama kita panjatkan impian setinggi gunung biar bahagia kan senantiasa milik kita....



Abang…
Bahagia bersamamu
Tanpa rasa curiga
Penuh rasa kasih
Bersulam benang cinta
Tersimpul ikatan sayang

Andai dulu kita berdua
Kini ditemani dua permata
Andai dulu dirimu tak kutemui
Tidak jualah ku kenal erti CINTA

Seringkali dalam senda gurau
Kadangkala dgn rajuk hati
Kutatap dirimu;; terlihat kenangan lalu
Lagi kan bertambah kasih ini
Hakikatnya;
Aku bahagia bersamamu

Kucoret luahan hati
Kuberitau kasih ini
Kulaungkan ucapan SELAMAT HARI LAHIR''
Agar dirimu tau
Aku kan sentiasa disisimu….

SELAMAT HARI LAHIR KE-##
Semoga dengan usia dan apa yang telah dilalui akan lebih mematangkan..
Semoga hari-hari yang mendatang lebih mengembirakan…

Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..

Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..
Dari Mana Datangnya Sayang, Dari Mata Turun Ke Hati..

myLife