Wednesday, June 22, 2011

TIPS MINUM AIR MASAK

Kebanyakan kita agak liat nak minum air masak walaupun tahu banyak khasiat dan kepentingannya. Kalau boleh, mesti nak air tu bergula juga. Tubuh kita terdiri dari 70% air. Jadi pengambilan air yang banyak perlu untuk sistem badan kita.
Kita disarankan supaya mengambil sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air sehari. Dengan pengambilan makanan tambahan, lebih air diperlukan untuk melarutkan supplemen tersebut ke dalam badan.

Sering-kali tedengar keluhan seperti :
“Malas nak minum air banyak, nanti asyik pergi tandas”“Nanti perut kembung dengan air masak aje.”

Tahukah anda, dengan pengambilan air yang betul, anda dapat memastikan penggunaan air yang optimum di dalam badan?

ANTARA TIPS

Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
Minum segelas air masak sejam sebelum tidur.

Ambil makanan tambahan/supplemen bersama 2 gelas air.
Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.

Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam.

Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak.

Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit.

Check pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang-kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter.

Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum.

Minum air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi belum sampai waktu makan.

Tips yang ke-7 juga sesuai digunakan semasa dalam pantang kerana orang tua-tua selalu tak galakkan minum air masak banyak kerana akan kerap ke tandas. bila kerap ke tandas maka jahitan akan lambat baik. Jadi hirup air masak panas sedikit demi sedikit. Dengan itu, anda akan kurang ke tandas.

Nah, mudah kan. Kalau ikut tips ni, sehari dah boleh minum lebih dari 3 liter air agaknya. Bila minum air masak banyak, kuranglah sikit rasa nak makan makanan tak berkhasiat kan. Maka, kita pun akan jadi lebih sihat dan bertenaga.

p/s- Selamat mencuba

Thursday, June 16, 2011

Sedikit Motivasi

Pagi ni saya tertarik dengan ungkapan :


Orang Miskin Bekerja Untuk Mendapatkan Wang,Orang Kaya Menggunakan Wang Bagi Menjana Kekayaan.
Maka
Dapatkanlah Wang Sebanyak Mungkin Dan Gunakannya Bagi Menjana Kekayaan


seperti kata motivasi untuk saya meningkatkan diri dalam kehidupan ini. insyaallah.


Jadi saya bercadang untuk bisnes..... ;))

Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..

Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..
Dari Mana Datangnya Sayang, Dari Mata Turun Ke Hati..

myLife