Monday, September 19, 2011

TOLONG BERTANGGUNGJAWAB

Hi uols :))

hari ni aku mau bercerita

kisahnya mgu lps aku sgt la HOT ...oppps bkn HOT a.k.a sexy tau..tidak sama sekali, tp hot ak.a PANAS ATI

skg da cool..tgk sunyum lg..hee

kisah nya begini

harith (anak sulung) da 3 kali ilang barang kt skola n aku rs xpe la da ilang bbudak kan..dia demand lg tu nk tupperware transformers..ok aku pun beli la, esok nya dia bw bekal ke skola..n masa aku lek keje , lom buka pintu, harith dr dlm uma ckp bks mknn dia tu ilang..wat the FROG???haha gila aku rs marah sgt2 ngn skola dia.

FYI, rutin harian harith..van dtg-harith naik van-terus masuk skola..so ada 3 lokasi, umah, van n skola..tp harith kata brg ilang kt skola, coz dia turun van skola je da bising2 kata brg ilang kt skola, bdk 5yrs uolss mmg betul la klu dia ckp menda yg sama berkali2..owh itu kali ke 4..mmg keraguan la uolss cmne bole ilang

esoknya,

kat opis aku pun tpon pengurusn skola tny..dia ckp akn siasat..lps 1-2 jam dia call aku n btau maybe ilang kat van coz skola da pastikan bbudak masukkn dia nye botol air n bks mknn ke dlm beg.(sgt lepas tangan okehh, sedangkn harith naik van 5minit je xkn ilang dlm van-van pun menafikan tuduhn itu)

aku : klu da pastikan cmne bole ilang

skola : abih puan nk kami buat ape lg , kami da pastikan masuk ke dlm bag

aku : sy nk kan jawapan camne bole ilang sampai 4kali brg kt skola

skola : npe tgu smpi 4kali br wat aduan

aku : sy malas nk besarkn cerita , yg ilang pun bkn brg berharga..tp da masuk kali ke 4, sy rs skola kne pastikn tahap keselamatn

(aku ternanti2 skola ucapkan kata2 maaf krn KECUAIAN mrk)

skola : kami da 6thn beroperasi, xpernah parents komplen

aku :sb tu awalnya sy xnk komplen, takut skola xdpt nk terima

skola : @#$@#%#$% (membebel panjang yg pastinya lg menyakitkn ati, ape la salah minta maaf je da mmg sekola yg cuai)

aku : ok

aku da malas nk ckp n bengang tahap gaban ngn skola tu

sememangnya dr segi pembelajaran aku sgt berpuas ati ngn SMARTREADER, tp dr sudut nih aku teramat tidak berpuas ati.makanya, tiada lg SMARTREADER utk harith nextyear, aku da tawar ati, wpun skola da minta maaf melalui myhus. maybe , ni semua ada hikmahnya utk harith ke skola lain. hope semuanya lancar...or klu xdpt skola lain terpaksa juga SMARTREADER..adehhhh cmne


Wednesday, August 24, 2011

MERAH

Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan

yeahhh rancang tema raya kaler blue.masa nk beli baju melayu pun cari blue..tp uolss, ttiba kitorg rs blue xcantik pula, aku terpandang baju melayu kaler merah kejar lembu a.k.a merah menyala @ merah lada..anda berani??

en suami kata, cantik..sgt cantik n berani..berani ke...ekekeke

apelagas sambar jew la..giler syantik

lpas tu beli baju melayu utk harith , danish n ilham, terus amik kat 1 kedai tu..senang..size pun ngam.pandai aku pilih..hehe

lokasi @ jalan tar yg sesak giler

harith : lenkali jgn pegi ctu

aku : ye la (janji palsu heh(xbaik kan janji palsu tp aku hny pegi ctu setahun sekali pabila nk raya shj uols))

lps tu operasi cari baju aku pula

aku sbnr da pangkah kompleks kt shah alam..xske xske sana hny sb aku da jatuh cinta...auchhhh jatuh cinta ngn ampang point la uolsss

yup betul la tu..meriah baju tu, tgk la spe yg beli..haha jgn muntah dulu!!

xrmi org akan pilih merah menyala melainkan org tu punyai karakter



BERANI

mesti kene berani.ini nk pki merah pun takut..ape lorr takut ngn kaler..wat malu shj..haha

GARANG

aummm

SUKA PERHATIAN

sumer org pandang.siap tego lg..wow merah nye(lorr da mmg merah bkn blue pun..hik3)

PERASAN

eh eh sumer pandang kat kita la..lorrr pasannye...malu3

TIDAK MALU

biasanya orang yg suka merah.kurang perasaan malu. takkan org kata..


orang2 : merahnye makngah

kita : (dok tersipu2 malu sambil dlm hati kata nih la kali terakhir pki merah)



tp org yg pilih merah klu spt situasi di atas

orang2 : merahnya makngah

kita : yup merah, cantik tak

WAH siap tny semula lg

ok la hope korg enjoy la ngn kaler yg korg pilih spt anjoy nya aku ini. yg kat atas tu hny pandangan peribadi shj suka2 aku jew kan. -end-

Friday, August 19, 2011

?Mesti Kah Semuanya Baru

Hi uols...

asalkan raya jew msti nk baru..harus la kan..br la meriah gitu..?meriah ke...

duit pun baru juga walau xkisah berapa la nilai nya..spt klu dibanding kan duit baru RM1 X2keping diisi dlm 1angpau nilainya bersamaan RM5 duit buruk dlm 1angpau..?benarkah..haha


smlm g PICC Metrojaya sale. sblm tu g review kat sini sumer komen2 cam xsupport sale nih..tp aku pegi juga smlm n lps tu aku komen juga guna nama suee ..ehem3 ;))


nak bzbody ke ape yg aku beli smlm..nak la tu..haha..aku beli 5 brg jew..kesemuanya dgn nilai RM101.90 ..

TOYS -2 (RM26 +RM16) - untuk Ilham la nih..ilham anak comeiii i tu..lorrr xtau ke..hee

baju T ilham RM15

rompers ilham RM 11.90 (nk beli sb tertarik ngn tulisan dia)nnt aku snap pic ~~janji palsu heh

cadar raya RM33 jew, patut 70% tp cm happy hrs gitu, dpt la 80% so jd RM33..

msti kalian(wah kalian pula) rs aku ni seorang ibu yang tidak adil, sb hny belikan utk ilham, jd bagaimana pula dgn harith & danish.


FYI diorg nye persiapan raya da settle pun, hny baju melayu je weekend nih baru beli ;) alhamdulillah.. Seronoknya menunggu ketibaan Syawal.



klu2 uols nk tau ape yg aku buat klu free, nih aku slalu g kat sini ..klu ada offer murah aku beli la. Berbaloi klu kita dpt beli dgn harga murah sedangkan harga sbnrnya mahal..kita nih uolss msti kne bijak berbelanja...ewah2 leter la pulak!!
kat allgroupon nih je aku ada beli



haa sumer mknn yg aku beli, n semua nih kat midvalley tempat yg aku selalu pegi..klu tmpt lain tu terpaksa la katakan "tidak"..owhh no..hehe
k uolss salam ramadhan n minta ampun salah silap..huhu kita nih manusia xdpt tidak utk lari dr ksilapan.klu buat silap, salah kan setan, tp setan da kne tangkap nih, ingin salahkan siapa pula..haha k tata~~~



~updated pic beli blaa kat picc*

Wednesday, July 20, 2011

Mengenal Wanita Dari Cara BERJALAN

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Tanda2 Lelaki Merajuk

Diam Seribu Bahasa
Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!haha).

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam Muka
Dah lah tak nak cakap dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je!

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...

Wednesday, June 22, 2011

TIPS MINUM AIR MASAK

Kebanyakan kita agak liat nak minum air masak walaupun tahu banyak khasiat dan kepentingannya. Kalau boleh, mesti nak air tu bergula juga. Tubuh kita terdiri dari 70% air. Jadi pengambilan air yang banyak perlu untuk sistem badan kita.
Kita disarankan supaya mengambil sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air sehari. Dengan pengambilan makanan tambahan, lebih air diperlukan untuk melarutkan supplemen tersebut ke dalam badan.

Sering-kali tedengar keluhan seperti :
“Malas nak minum air banyak, nanti asyik pergi tandas”“Nanti perut kembung dengan air masak aje.”

Tahukah anda, dengan pengambilan air yang betul, anda dapat memastikan penggunaan air yang optimum di dalam badan?

ANTARA TIPS

Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
Minum segelas air masak sejam sebelum tidur.

Ambil makanan tambahan/supplemen bersama 2 gelas air.
Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.

Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam.

Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak.

Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit.

Check pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang-kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter.

Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum.

Minum air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi belum sampai waktu makan.

Tips yang ke-7 juga sesuai digunakan semasa dalam pantang kerana orang tua-tua selalu tak galakkan minum air masak banyak kerana akan kerap ke tandas. bila kerap ke tandas maka jahitan akan lambat baik. Jadi hirup air masak panas sedikit demi sedikit. Dengan itu, anda akan kurang ke tandas.

Nah, mudah kan. Kalau ikut tips ni, sehari dah boleh minum lebih dari 3 liter air agaknya. Bila minum air masak banyak, kuranglah sikit rasa nak makan makanan tak berkhasiat kan. Maka, kita pun akan jadi lebih sihat dan bertenaga.

p/s- Selamat mencuba

Thursday, June 16, 2011

Sedikit Motivasi

Pagi ni saya tertarik dengan ungkapan :


Orang Miskin Bekerja Untuk Mendapatkan Wang,Orang Kaya Menggunakan Wang Bagi Menjana Kekayaan.
Maka
Dapatkanlah Wang Sebanyak Mungkin Dan Gunakannya Bagi Menjana Kekayaan


seperti kata motivasi untuk saya meningkatkan diri dalam kehidupan ini. insyaallah.


Jadi saya bercadang untuk bisnes..... ;))

Thursday, May 19, 2011

PIL ASI

Nak tau cerita..
hari tu aku betul-betul gelabah
sebabnya aku xset untuk breastfeeding(BF) tp lastnya ambil keputusan utk BF. Masa tu susu badan da xbyk wpun aku dok rumah n fully bf.cian kat my baby

Dengan gelabah nya aku minta myhus g klinik tny doc ape shj ubat/pil byk kn susu aku nak mkn..huhu
tp ape shj la doc tu hny cadang spy teruskn baby utk hisap susu, spy merangsang pengeluaran n doc kata melalui pemakanan membantu..hurm aku semakin putus asa. aku pun minum la MAMILmama khas for pregnant n bf..huhu banyak aku minum wpun aku xsuka, nak muntah rasa..lpas tu adik aku btau yg bykn susu adalah (adik aku search internet la tu,heh)
Brokoli
Lobak Merah
Lobak Putih
Seleri
Kobis
Oat
Sawi Putih
Peria
Ulam Pegaga
Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]
daun betik

hurm tp camne aku nak telan semua ni..yg aku nampak OAT shj..aku pun mkn la oat, kelat je rasa..haha

makin aku putus asa..tiba-tiba teringat, kena tetapkan mindset supaya nk susukan baby..mudah mudahan merangsang pengeluaran susu..aku dok ulang dalam hati kata2 motivasi nih, tp tetap hampa

suami pulang dari opis, aku mengeluh n luahkan betapa frust nya ketika itu

suami : baru sehari takkan tiba2 susu tu nak banyak
aku : (ye tak ye juga kan) (haih menggelabah tul la..hehe)


esoknya, aku pesan spy suami pergi farmasi n belikan apepe supplement yg membantu..diorg rekemen suh try PIL ASI..(PIL ASI bole beli kat kedai jamu or beli on9, kat ONEBABYWORLD )

aku pun try PIL ASI..2, 3, 5 jam lps mkn aku ckp ngn myhus apsal lambt bkesan..adehh myhus ckit fenin la..dia suh aku SABARRRRRRRR.adehh..xlama lpas tu beza ketara n mendadak haha susu da terus jd byk..betul2 pil tu sgt la berkesan..xsampai 24hrs..betul2 aku berterima kasih..tp pd siapa..pd pil tu or berterima kasih kt myhus..kui3

syukur pada-NYA

ada 1 lagi selain pil asi nih..shaklee,..tp mahal, rm2rat..so PIL ASI jadi pilihan, rm20 je..aku sekarang hny tersenyumm..hee-sekian-

Tuesday, May 10, 2011

IRSYAD ILHAM

salam 1dunia.

kembali setelah sekian lama...lama ke?cehh

Telah selamat melahirkan IRSYAD ILHAM..anak ke3 pada 02.02.2011 .alhamdulillah..sepertimana nama yang diberi kpd ILHAM..begitu juga kelahiran ILHAM yang banyak memberi "ilham' kepada kami. Dimana dalam kekalutan ILHAM yg alergik susu formula (lactose), kami pun dapat ilham untuk hanya breastfeeding sahaja.

Segalanya diuruskan oleh en.suami sebagai moral support untuk aku kuat semangat. Pulang dari keje en.suami suda beli breastpump SPECTRA3 n breastmilk bottle (20 BOTOL, betul2 en.suami bersemangat ;)).n ice pack, cuma cooler bag mmg dah sedia ada, warmer pula beli kemudian. Semasa shopping en.suami juga belikan bag yang stylo katanya untuk bawa pump ini ke opis, seed lg.hehehe girang sungguh rasanya..haha

Kelahiran ILHAM benar2 menambah seri dalam kehidupan kami, juga menambahkan kasih sayang. Hanya dengan melihat wajah ILHAM, betapa aku merasakan sayang yang terlalu dalam, lalu akan kucurahkan melalui kasih seorang ibu.-SYUKUR-

Saturday, April 16, 2011

Ucapan Selamat Malam Yang Terlalu Mahal

Sekali ucapan selamat malam;
Sesekali;
Setiap Hari;
Setiap Tidur Yang Lena;
Setiap Mimpi Indah;
Apabila ia dilupakan;
Adakah ketika itu ia menjadi mahal...

Tuesday, January 11, 2011

8C BUAT SUAMI BENCI ISTERI

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..

BEZA SUKA & CINTA

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.


3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.


5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.


7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


8- Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Tuesday, November 30, 2010

Orang Yg Suka Memerintah

Ckit la psal menda yg aku suka n xsuka
ekceli byk menda yg aku suka..umpamanya berangan..bg aku, angan2 adalah impian masa dpn
yg aku xsuka adalah org yg suka memerintah, haih susah nk ckp, tp bhadapan dgn org yg suka memerintah padahal dia bkn sape2 adalah sgt menyakitkn ati, jd stress n akhirnya blaku konflik dlm diri. jd aku hrp xkn jupe lg ngn org yg ske memerintah sb xnk memendam rs mberontak hingga akhirnya akn mzahirkan rs ketidaksukaan.pastinya kesan akn jd meleret2.
melihat org yg suka memerintah" shj suda rs menyampah..inikan pula terpaksa hipokrit utk mengambil ati mrk.

Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..

Dari Mana Punai Melayang, Dari Sawah Turun Ke Kali..
Dari Mana Datangnya Sayang, Dari Mata Turun Ke Hati..

myLife